Sunday, October 23, 2016

Dialog Prestasi Percubaan SPM Bersama Ketua Pegawai Pendidikan Daerah

23 Oktober 2016: Dialog pretasi percubaan SPM telah dijalankan bersama pasukan daripada pegawai-pegawai PPD Pontian dengan diketui oleh Ketua PPD, En. Zainal Bin Buang.

Dialog dikendalikan sendiri oleh En Zainal Buang dengan bersandarkan data sedia ada dan sasaran yang akan dicapai. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan kehadiran rombongan PPD Pontian bagi membantu agar SMKB akan cemerlang dalam SPM 2016. Semoga usaha ini akan memberikan impak yang positif. SMKB We Are The Best.




 

Monday, October 17, 2016

Aktiviti Pasca PT3

Aktiviti kaedah penyembelihan dibawah bimbingan Panitia Pendidikan Islam
17 Oktober 2016: Beberapa aktiviti telah dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi memenuhi pendidikan murid tingkatan 3. Antara aktiviti yang dijalankan adalah amali penyembelihan mengikut kaedah islam. Murid-murid dibimbing oleh guru-guru pendidikan islam secara teori dan seterusnya menunjukkan demostrasi sebelum murid dibenarkan menjalankan secara amali.

Antara objektif aktiviti pasca PT3 ini adalah: 
  1. Mengelakkan pelajar tingkatan 3 dengan aktiviti‐aktiviti yang tidak sihat dan kurang berfaedah.
  2. Menimbulkan minat para pelajar untuk hadir ke sekolah dengan pengisian program yang menarik 
  3. Menambahkan pengetahuan para pelajar khususnya berkaitan dengan hala tuju selepas PT3










 

Sunday, October 16, 2016

Kempen "Jauhi Zina" SMKB

13 Oktober 2016: Semua murid perempuan tingkatan 1 dan 2 telah mengikuti satu program "Jauhi Zina" anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Agama Islam SMKB.

Diantara objektif program ialah memberi pendedahan kepada para pelajar berhubung undang-undang jenayah syariah dan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya zina kepada para remaja dari aspek Islam, jasmani, rohani, mental serta kesannya kepada keturunan dan sosial yang sangat serius.

Selain itu, dapat memberi kesedaran mengenai pentingnya kembali kepada Islam dari aspek amalan dan gaya hidup serta mengukuhkan potensi remaja sebagai generasi pewaris masa depan.

Majlis Qiamullail Calon SPM SMKB Siri 1

13 Oktober 2016: Semua calon SPM muslim telah mengikuti satu program Qiamullail yang telah dijalankan di Asrama Asli SMKB. Program dibawah anjuran Unit Kecemerlangan Akademik SMKB ini bermula pada 13 Otober 2016 jam 6.00 petang dan berakhir pada 14 Oktober 2016 jam 10.00 pagi.

Semoga dengan usaha ini akan memebrikan impak yang baik kepada semua calon dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelang. SMKB We Are The Best.






 







Menjelang SPM 2016

13 Oktober 2016: Satu program penyampaian Sijil Anugerah kepada calon-calon cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM telah dijalankan sewaktu perhimpunan pagi. Objektif bagi program ini adalah sebagai satu usaha suntikan motivasi kepada semua calon SPM agar terus cemerlang apabila menjalani peperiksaan sebenar nanti.

Dalam ucapan ringkas Tuan Pengetua, beliau mengucapkan syabas kepada calon-calon cemerlang dan bagi yang masih belum menunjukkan kecemerlangan beliau mengharapkan agar teruskan lagi untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik.

Semoga semua calon SPM 2016 akan berjaya. SMKB We Are The Best.