Saturday, September 23, 2017

Kem Waja Pendidikan Islam SPM 2017

23 September 2017: Kem Waja Pendidikan Islam SPM 2017 telah dijalankan di Bilik Mesyuarat As-Syafie. Aktiviti ini merupakan salah satu Program kecemerlangan SPM yang telah dirancang oleh Unit Kurikulum bagi menyediakan input yang maksimum kepada calon-calon SPM 2017.

Aktiviti kali ini pihak sekolah telah menjemput Ustaz Abdul Jawwad daripada MRSM Tun Dr Ismail Pontian. Beliau merupakan pemenang Anugerah Pendidik Cemerlang MARA tahun 2017.

Kehadiran murid yang begitu cemerlang iaitu 102/144 menggambarkan semua calon berkeinginan tinggi bagi melengkapkan diri kearah persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan sebenar nanti. Semoga ianya akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang dan seterusnya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh sekolah. SMKB We Are The Best.

















Tuesday, September 19, 2017

Program Motivasi Pecutan Akhir Calon SPM 2017

19 September 2017: Satu program motivasi pecutan akhir calon SPM 2017 telah dijalankan di dewan Baiduri SMKB. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini dijalankan bagi menyuntik semangat semua calon agar dapat bersedia dengan semangat dalaman dan seterusnya dapat dipermudahkan sewaktu menjawab peperiksaan kelak. Untuk tujuan tersebut, En. Muhamad Azlan Shah Bin Roslan dari AZ Consultant & Training telah dijemput untuk mengendalikan slot motivasi yang dijalankan selama 3 jam.

Antara objektif program ini ialah:
  1. Menimbulkan kesedaran  pentingnya ilmu dan ketrampilan diri agar dapat meningkatkan prestasi spm
  2. Memupuk sikap positif yg berterusan terhadap cabaran pembelajaran dan kehidupan
  3. Membantu pelajar teroka potensi diri dan dapat menggunakannya dgn berkesan dalam menentukan matlamat hidup








 

Monday, September 18, 2017

Dialog Prestasi Percubaan SPM 2017




17 September 2017: Dialog prestasi Percubaan SPM 2017 telah dijalankan di Bilik Gerakan SMKB dengan dipengerusikan sendiri oleh Tuan Pengetua. 

Dalam dialog prestasi tersebut pembentangan dimulakan oleh penyelaras SPM, En. Hazim Siron dengan memperjelaskan secara umum keseluruhan pencapaian, jangkaan yang perlu dicapai dan strategi yang perlu dilakukan. Seterusnya beberapa Ketua Panitia yang terpilih untuk membuat pembentangan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.

Semoga dialog prestasi ini akan membuahkan hasil dan seterusnya akan menungkatkan lagi kecemerlangan SMKB dalam SPM 2017. SMKB We Are The Best.


Monday, September 11, 2017

PROGRAM KEM UNIT BERUNIFORM DENGAN KERJASAMA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA KD SULTAN ISMAIL, PENGERANG, JOHOR.






25 Ogos:  Perkhemahan unit beruniform telah dijalankan selama tiga hari bermula pada 25 sehingga 27 Ogos 2017 di KD SULTAN ISMAIL, Pengerang, Johor dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sana untuk meningkatkan keyakinan diri murid-murid dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. 

Antara aktiviti yang dijalankan seperti Ice breaking, Membina Pasukan, Keyakinan Diri, Kembara Berkumpulan, Rentas Halangan, Malam Kebudayaan, Water Confident dan Senamborik.

Ribuan terima kasih kepada para guru yang telah banyak membantu dalam menjayakan program ini dan kerjasama pihak TLDM yang berusaha untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam memotivasikan diri demi masa depan dalam melahirkan modal insan yang berwawasan, bersatu padu dan bekerjasama untuk bangsa, agama dan negara kelak.