TARIKH : 5 Februari 2020 (RABU)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00
pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK
Benut
Majlis Perasmian Bulan Penghayatan Bahasa 2020 telah diadakan dengan jayanya pada
5 Februari 2020 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang
dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah
dirancangkan.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1) Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra
bangsa Malaysia.
2) Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan
3) Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui bahasa
kebangsaan
4) Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan
Negara bangsa
Majlis dimulakan dengan persembahan gimik perasmian dan diteruskan
dengan acara pemotongan riben oleh Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel.
Gimik tersebut berakhir dengan sesi bergambar. Sepanjang minggu ini, beberapa
pertandingan telah dijalankan dipecahkan kepada tiga iaitu Pertandingan Bahasa
Cina, Pertandingan Bahasa Melayu dan Pertandingan Bahasa Inggeris. Antara
pertandingan yang dijalankan adalah seperti pertandingan menulis esei,
pidato/syarahan, sajak dan syair, scrabble, treasure hunt, wonder world,
kaligrafi cina, kuiz bahasa cina dan bermacam-macam lagi aktiviti. Semua murid
digalakkan untuk terlibat dengan pertandingan-pertandingan yang dijalankan.