MAKSUD LENCANA SMK BENUT
Bentuk :
Bentuk perisai melambangkan kerajinan, ketabahan dan ketegasan dalam menghadapi maslah pengajaran dan pembelajaran.
Warna maroon:
Merupakan warna kebanggaan sekolah yang melambangkan keberanian, keihklasan, dan kejujuran dalam masyarakat sekolah yang berbilang bangsa.
Moto :
“BELAJAR, BERAMAL, BERJASA” jelas mengingatkan setiap pelajar supaya mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya membuat jasa kepada bangsa, agama dan negara.
Buku :
Menggambarkan segala puncak ilmu pengetahuan.
1965 :
1965 tertulis di dalam buku mengingatkan bahawa sekolah ini telah ditubuhkan pada 14 Januari 1965.
Obor :
Simbol yang membawa pengertian menerangi hidup pelajar-pelajar dari kegelapan dan kejahilan.
Pokok :
Melambangkan semangat perpaduan dan keharmonian serta menunjukkan hasil utama kawasan Benut.
LIRIK LAGU SMK BENUT
Sekolah menengah kita
Muridnya berbilang bangsa
Bersama mengejar cita
Berkhidmat kepada nusa
Serta bangsa dan negara yang tercinta
Ku taburi jasa
Dalam bidang pelajaran
Sungguh-sungguh dijayakan
Sukan dan kebudayaan
Bersama dipergiatkan
Didikan guru di segala lapangan
Tetap diusahakan
Tugas paling utama
Taat pada agama
Agar kebaikan nama
Mulia selama-lama
Mari kita berusaha
Ajaran guru mulia
Amalkanlah sentiasa
Dengan semangat setia
Belajar beramal dan
Berbuat jasa kepada negara ....
IKRAR PELAJAR
Muridnya berbilang bangsa
Bersama mengejar cita
Berkhidmat kepada nusa
Serta bangsa dan negara yang tercinta
Ku taburi jasa
Dalam bidang pelajaran
Sungguh-sungguh dijayakan
Sukan dan kebudayaan
Bersama dipergiatkan
Didikan guru di segala lapangan
Tetap diusahakan
Tugas paling utama
Taat pada agama
Agar kebaikan nama
Mulia selama-lama
Mari kita berusaha
Ajaran guru mulia
Amalkanlah sentiasa
Dengan semangat setia
Belajar beramal dan
Berbuat jasa kepada negara ....
IKRAR PELAJAR
Maka kami pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Benut dengan ini mengaku dan berjanji :
- akan hadir ke sekolah setiap hari persekolahan
- hadir ke sekolah pada masa yang tepat
- berada di dalam kelas pada waktu belajar
- bekerja keras untuk mencapai kejayaan
- menyiapkan kerja rumah tepat pada waktunya serta
- memberi kerjasama kepada guru-guru sewaktu pembelajaran
- memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas
- bersama bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan sekolah
- mematuhi segala peraturan sekolah dan menghormati warga sekolah yang lebih dewasa
- kami juga berjanji akan mengelakkan diri dari terlibat dengan gejala negatif dan
- bersedia menerima hukuman sekiranya melanggar peraturan sekolah
Lagu Sekolah.wav
No comments:
Post a Comment