Wednesday, July 16, 2008

Lawatan YB Parlimen Pontian Ke Asrama SMK Benut


13 JULAI 2008
, Yang Berhormat Ahmad Bin Maslan, Ahli Parlimen Pontian telah melawat tapak projek pembangunan Asrama SMK Benut. Tujuan beliau hadir untuk meninjau perkembangan pembinaan bangunan baru yang sedang dibina untuk kemudahan penghuni asrama.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut), Puan Hjh. Andi Audryanah Binti Hj Md Noor (GPK HEM, SMK Benut), Encik Idris (Ketua Kontraktor) dan guru-guru SMK Benut.

Pembinaan ini dijangka siap pada tahun 2009 dengan pelbagai kemudahan asas seperti kantin, asrama putera dan asrama puteri, surau, serta rumah warden.



No comments: