Wednesday, July 16, 2008

Tahniah SMK Benut


12 JULAI 2008
, Pertandingan Karnival Pendidikan Dadah Peringkat Negeri Johor telah diadakan di SMK Tinggi Kluang. SMK Benut telah mewakili daerah Pontian dalam Pertandingan Melukis Poster bagi Kategori Menengah Atas dan Menengah Rendah.

Keputusan rasmi pertandingan tersebut, telah memperolehi kejayaan cemerlang dalam kedua-dua acara yang disertai. Bagi Kategori Menengah Atas, Norhalimah Binti Mahadi (4 Ibnu Khaldun) telah berjaya mendapat JOHAN. Manakala bagi Kategori Menengah Rendah, Norsyafika Binti Aspani (2 Ibnu Sina) telah berjaya mendapat NAIB JOHAN.

Norhalimah Binti Mahadi telah terpilih mewakili negeri Johor dalam pertandingan tersebut di Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada pertengahan bulan Ogos ini di negeri Kelantan.

Ucapan penghargaan kepada guru pembimbing iaitu Encik Roslan Bin Idris, Cik Noormawati Binti Mohd Rasif, Cik Siti Norzila Binti Tumin dan Puan Asiah Binti Abd Aziz.

Warga SMK Benut, mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan cemerlang anda.



No comments: