14 November 2010 - j. Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian).
Anugerah ini diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah tetapi daripada semua aspek. Anugerah ini juga diharap dapat memberikan semangat baru kepada sekolah yang berjaya. Seterusnya sentiasa berusaha meningkatkan dan mengekalkan kecemerlangan tersebut. Anugerah ini juga membuktikan bahawa Ahli Parlimen Pontian sangat prihatin dan sentiasa mementingkan kemenjadian pelajar dan sekolah di dalam parlimennya.
Tahniah SMK Benut berjaya mendapat JOHAN ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG SEKOLAH-SEKOLAH PARLIMEN Kategori Sekolah Menengah. Syabas dan tahniah kepada semua.
No comments:
Post a Comment