Friday, December 30, 2011

Tahniah Bentians Petanque Pontian 2011



28 Disember 2011 - Jamuan meraikan kejayaan cemerlang Pasukan Bentian Petanque Daerah Pontian dan Kluang telah berjaya diadakan pada hari ini di Restoren Kemangi, Pontian. 

Kejayaan mendapat 3 EMAS, 2 PERAK DAN 3 GANGSA dalam SUKAN JOHOR Ke-6 baru-baru ini yang diadakan di daerah Batu Pahat.  Diwakili oleh 21 orang pelajar dan bekas pelajar SMK Benut, Pontian, Johor serta 2 orang pelajar dari SMk Ayer Baloi, Pontian. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai BENTIANS Pontian dan Kluang.

Semoga kejayaan cemerlang berterusan dalam pertandingan seterusnya. Insyaallah.
 












No comments: