Thursday, December 22, 2011

Tahniah Kepada Semua Murid PMR 2011



22 Disember 2011 – Warga SMK Benut merakamkan sekalung tahniah dan penghargaan, iaitu kepada EMPAT orang murid yang telah berjaya mencapai 8A dalam semua mata pelajaran yang diambil (MOHAMAD SYAFIQ BIN JALAL, NUR ZAFIRAH BINTI ANUAR, SITI NURAZURA BINTI HANAFI DAN GOH JIA YING). 

Sekalung tahniah dan syabas turut diberikan kepada LAPAN orang murid yang berjaya mencapai 7A 1B dalam mata pelajaran yang diambil (NOR AZMI BIN ABD RAHMAN, AINUL ZAKIYYAH BINTI ZULKIFLI, CHUA JING XUAN, NOOR HIKMARIA BINTI AMBO ABDUL RAOFF, NURUL SYAFIQAH BINTI TAPAK, ONG FANG TING, TEE JING YING, DAN TEO SHI EIN).

Semua murid telah mengambil slip keputusan melalui guru tingkatan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula jam 10.00 pagi. Pencapaian keseluruhan PMR 2011 sebanyak 69.44 % lulus semua mata pelajaran dengan Gred Purata Sekolah sebanyak 2.79, iaitu meningkat 0.10 berbanding pencapaian tahun 2010. Jumlah calon PMR 2011 yang mengambil peperiksaan seramai 216 orang.

Analisis keseluruhan mengikut mata pelajaran yang lulus, iaitu Bahasa Melayu (97.67%), Bahasa Inggeris (79.44%), Sejarah (94.84 %), Geografi (86.45%), Bahasa Cina (94.23%), Pendidikan Islam (87.65%), Matematik (96.26%), Sains (97.18%), KHB 2 (100%), KHB 3 (100%) dan KHB 4 (100%).

Warga SMK Benut sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang berjaya lulus semua mata pelajaran. Teruskan kecemerlangan anda untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya di Tingkatan Empat yang akan bermula pada hari Rabu, 4 Januari 2012.

Tahniah dan terima kasih kepada semua tenaga pengajar Tingkatan Tiga 2011 yang turut memastikan kecemerlangan SMK Benut terus cemerlang.






```







No comments: