Friday, December 9, 2011

Terima Kasih AmBank (M) Berhad Johor



9 Disember 2011 – Seramai 10 orang pelajar SMK Benut telah terpilih untuk mengikuti program ‘AmBank Group Region 4 - Back To School Charity 2012’ . Mereka yang terpilih terdiri daripada murid yang keluarga berpendapatan rendah serta mempunyai pencapaian yang baik dalam pelajaran. Mereka dipilih oleh Unit Kebajikan Murid - Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Benut di bawah pengelolaan Puan Hajah Noryani Binti Nandar (Kaunselor Murid, SMK Benut). Turut serta 10 orang murid dari SMK Sri Tanjung, Pontian. Pengangkutan bas telah disediakan untuk menyertai program ini.

Mereka dikehendaki berbelanja membeli barang-barang keperluan untuk ke sekolah dengan nilai barangan sebanyak RM150.00 di Gedung Borong Mydin Mart, Johor Bahru pada hari ini. Seterusnya, mereka diberikan makanan percuma, iaitu set makanan di KFC, Johor Bahru. Mereka juga diberikan cenderahati yang menarik daripada AmBank.  Majlis penutup program ini disempurnakan oleh YB Datuk Osman Bin Sapian (ADUN Kempas).

Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan terutama kepada Encik Azhar bin Hasrin (Pengurus Cawangan AmBank Pontian) yang memilih murid SMK Benut untuk menyertai program ini serta pihak pengurusan AmBank (M) Berhad Johor. Diharap program amal seperti ini diteruskan bagi membantu murid-murid yang kurang berkemampuan untuk bersama-sama bersedia untuk kembali ke sekolah dengan keperluan yang baik. Bagi murid yang terpilih jadikan pemberian ini sebagai motivasi untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. Tahniah.














No comments: