Monday, March 5, 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34 dan Pelancaran Khas



3 Mac 2012  - Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-34 telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 10.30 pagi di Dewan Baiduri, SMK Benut.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Aros Bin Ibrahim (Yang di-Pertua PIBG). Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat baik dengan komitmen yang berterusan dalam kecemerlangan SMK Benut. Semua usul yang dibentangkan dengan sebulat suara diterima oleh ahli.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG seterusnya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Ketua Biro Penerangan UMNO dan Ahli Parlimen Pontian). Beliau turut melancarkan Portal Sekolah, Blog Tabung Pembangunan Insan, Tuisyen Hikmah dan Kem Waja (Tingkatan 3, 5 dan Prauniversiti Senior dan Perancangan Strategik SMK Benut 2012 – 2015.

Turut hadir dalam majlis ini, Tuan Haji Msduki Bin Haji Sahari (Pegawai Pelajaran Daerah Pontian), ASP Hairi (Pegawai Perhubungan Polis Daerah Pontian), Pegawai-pegawai dari PPD Pontian.

Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan telah memaklumkan, beliau telah bersetuju menyumbangkan pemberian dalam bentuk Geran, iaitu RM5,000 untuk PIBG manakala RM10,000 kepada Tabung Pembangunan Insan.

Majlis penyampaian Sijil Murid Cemerlang seramai 6 orang yang berjaya dengan cemerlang bagi peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2, 4 dan Prauniversiti Junior telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan.

Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dengan hamper sebanyak 40 disediakan. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG SMK Benut kali ke-34 merakamkan terima kasih kepada semua tetamu undangan dan ibu bapa penjaga yang hadir.




















No comments: