Thursday, March 22, 2012

Tahniah SMK Benut dan Pelajar SPM 2011


21 MAC 2012 – Seramai 179 orang pelajar Tingkatan 5 tahun 2011 telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Prestasi Analisis Pencapaian Keputusan SPM 2011 yang diperoleh pada hari ini amat membanggakan kepada warga SMK Benut. Pencapaian Keseluruhan Sekolah sebanyak 96.6 %  manakala Gred Purata Sekolah (GPS) mendapat 4.84

Prestasi Pencapaian Keputusan SPM 2011 ini turut mencatat kebanggaan apabila sebanyak sembilan mata pelajaran mencapai peningkatan lulus 100%. Antara mata pelajaran tersebut, iaitu GEOGRAFI, PENDIDIKAN SENI VISUAL, MATEMATIK TAMBAHAN, PRINSIP PERAKAUNAN, EKONOMI ASAS, ICT, FIZIK, BIOLOGI dan PENGETAHUAN SAINS SUKAN.

Tahniah kepada warga SMK Benut yang telah dianugerahkan Sijil Penghargaan Khas daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Pontian dalam pencapaian Cemerlang Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011.

Antara anugerah yang diterima, iaitu daripada Jabatan Pelajaran Daerah Pontian. Manakala 4 anugerah diperoleh daripada Pejabat Pelajaran Daerah Pontian, iaitu
1.      Anugerah Lonjakkan Saujana GPS 0.89
2.      Anugerah Penghargaan Peningkatan Peratus Tiga Tahun Berturut-turut.
3.      Anugerah Penghargaan Peratus Tertinggi Sekolah Harian (96.65%)
4.      Anugerah Penghargaan Anjakan GPS Tertinggi Sekolah Harian 5.30 (2010) kepada 4.84 (2011).
5.      Anugerah Penghargaan GPS Terbaik Sekolah Harian (4.84).

SMK Benut turut mendapat tempat PERTAMA dalam pencapaian keseluruhan mengikut sekolah PARLIMEN PONTIAN dan tempat PERTAMA dalam pencapaian keseluruhan mengikut Sekolah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan BENUT.

Tahniah dan syabas kepada warga SMK Benut dan pelajar SPM 2011 yang memastikan kecemerlangan SMK Benut yang berterusan.









No comments: