13 September – Majlis Jamuan Hari Raya 1433H dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Asrama SMK Benut telah berjaya diadakan pada hari ini. Walaupun ianya diadakan secara sederhana namun tetap meriah kepada para penghuni asrama SMK Benut. Majlis dirasmikan oleh Encik Selamat Bin Haji Mon (Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Benut) mewakili Tuan Pengetua, SMK Benut.
Turut hadir Puan Hajah Azizah Binti Haji Omar (Penolong Kanan HEM, SMK Benut), guru-guru kanan mata pelajaran serta guru-guru SMK Benut. Majlis sebelum itu, diadakan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, bacaan surah Yassin serta Solat Hajat yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Fauzi Bin Mohd Amin (guru Pendidikan Islam, SMK Benut.
| | |
| | |
| | |
No comments:
Post a Comment