Monday, September 10, 2012

Penyampaian Sijil Kecemerlangan Percubaan PMR 2012



10 September – Majlis Penyampaian Sijil Kecemerlangan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 (siri ke-4) telah berjaya disempurnakan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) kepada seramai 24 orang pelajar Tingkatan Tiga pada hari ini bertempat di Dataran Baiduri semasa perhimpunan rasmi mingguan. Majlis ini ialah anjuran Unit Kurikulum SMK Benut.

Majlis yang diadakan ini bertujuan memberikan semangat kecemerlangan yang berterusan kepada pelajar terlibat dan seterusnya turut menyuntik semangat ingin cemerlang kepada pelajar tingkatan tiga yang lain untuk berjaya dengan cemerlang dalam PMR 2012.

Semoga pencapaian PMR 2012 terus cemerlang pada tahun ini. Insyaallah.











No comments: