Thursday, September 13, 2012

Program Lawatan Aspirasi Kerjaya



13 September 2012 – Seramai 40 orang pelajar yang terpilih, iaitu terdiri dari pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Empat SMK Benut telah berjaya mengikuti Program Lawatan Aspirasi Kerjaya anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Benut yang dikelolakan oleh Puan Asiah Binti Abd. Aziz (Guru Kaunselor Cemerlang, SMK Benut).

Mereka telah melawat dan mendapatkan pelbagai info di Pusat Latihan Kemahiran E-Access (Kulaijaya) dan Cawangan Kampus Metro Cosmopoint (Johor Bahru) pada hari ini.

Semoga lawatan sambil belajar yang diadakan pada hari ini mendapat banyak info yang berguna kepada para peserta lawatan untuk persediaan awal bagi memilih kerjaya selepas tamat peperiksaan SPM nanti. Seterusnya, dapat menyediakan lebih awal hala tuju wawasan diri dan bersedia menghadapi cabaran pada masa akan datang dengan pemilihan yang lebih bijak.











No comments: