Monday, January 19, 2015

Majlis Penutupan Rasmi Minggu Orientasi Tingkatan 1

15 Januari 2015: Penutupan rasmi Minggu Orientasi Tingkatan 1 telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKB En. Mastura Aladdin Bin Masro.

Dalam ucapan perasmian tersebut, tuan pengetua telah mengingatkan agar semua murid tingkatan 1 akan menyumbang kearah kecemerlangan sekolah samada dari segi pencapaian akademik, kokurikulum mahupun sahsiah.

Tahniah kepada semua murid tingkatan 1 kerana menjadai sebahagian dari warga SMK Benut. Untuk makluman warga sekolah, murid-murid ini merupakan perintis bagi satu program jangkamasa panjang oleh Unit HEM bagi membentuk satu "Generasi Baru SMK Benut" pada tahun 2019 nanti. Semoga impian ini menjadi kenyataan dan seterusnya SMK Benut akan melahirkan insan yang memenuhi aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Selain itu juga, Tingkatan 1 Ibnu Rusyd dan 1 Ibnu Khaldun 2015 telah terpilih sebagai kelas perintis SMK Benut dalam memperkenalkan  "Kelas Abad-21". Diharapkan agar semua guru memberikan kerjasama dan sokongan bagi merealisasikan Kelas Abad-21 ini.

Terima kasih kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta guru-guru yang terlibat dalam mengendalikan Program Orientasi ini.  SMKB "We Are The Best".

No comments: