Monday, January 19, 2015

Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) 2015

19 Januari 2015: Pemberian BKAP RM100 telah dijalankan pada hari ini kepada murid tingkatan 1. Sebelum ini BKAP telah dijalankan pada 14 Januari untuk tingkatan 3, 4, 5 dan pada 15 Januari untuk tingkatan 2.

Semua murid begitu gembira menerima wang bantuan ini. Antara objektif pemberian BKAP ini ialah untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid. Diharapkan wang ini dapat digunakan bagi tujuan persediaan persekoahan tahun 2015.

Secara keseluruhannya perjalanan aktiviti ini berjalan lancar dan sempurna tanpa sebarang gangguan yang dilaporkan.

Terima kasih kepada semua guru tingkatan atas kerjasama yang diberikan. "SMKB, We Are The Best"

No comments: