Wednesday, January 21, 2015

Perhimpunan Kokurikulum SMKB bil 1/2015

21 Januari 2015: Perhimpunan Kokurikulum bil 1/2015 telah dijalankan di bawah kendalian Pasukan Seni Silat Sayong SMKB.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah.

Dalam ucapan tuan pengetua, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan Seni Silat Sayong yang dapat mengendalikan perhimpunan dengan sempurna.

Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2007 perhimpunan Kokurikulum hendaklah dianjurkan setiap hari pertama minggu ke-3 setiap bulan.

Diharapkan agar perjalanan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2015 dapat dijalankan dengan jaya. "SMKB, We Are The Best"

No comments: