Wednesday, February 3, 2010

Kejohanan Boling Sepuluh Pin MSSM Daerah Pontian 2010


2 Februari 2010 – Pasukan Boling L18 SMK Benut yang terdiri daripada 4 orang pelajar, iaitu Muhammad Wafiq Bin Anuar (4 Ibnu Rusyd), Faizal Bin Abdullah (4 Ibnu Khaldun), Mohd Sukur Bin Misran (4 Ibnu Khaldun) dan Mohd Shafie Bin Hamzah (4 Ibnu Khaldun).

Pasukan Boling L18 SMK Benut ini telah menyertai Kejohanan Boling Sepuluh Pin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Pontian pada hari ini yang diadakan di Beyond Bowl, Pontian.

Sebanyak 10 sekolah Menengah di Daerah Pontian telah menyertai dengan seramai 37 peserta dalam kategori L18. Sebanyak 5 pusingan set permainan boling yang perlu dihabiskan oleh setiap peserta.

Keputusan rasmi Kejohanan Boling Sepuluh Pin Kategori L18 ini tidak menghampakan SMK Benut dengan kemenangan yang dicapai oleh Faizal Bin Abdullah dengan jatuhan pin sebanyak 672 dengan mendapat kedudukan tangga ke-11 daripada 37 peserta yang mengambil bahagian. Kejayaan yang tidak dapat dilupakan dimana beliau berjaya menjatuhkan 10 pin dalam 4 ’straight’ berturut-turut. Tahniah juga kepada Pengurus Pasukan (Encik Samsudin Bin Haji Saad) dan Jurulatih (Puan Asiah Binti Aziz) atas bimbingan dan seterusnya kejayaan yang dicapai ini.

Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah.





Monday, February 1, 2010

Program Merentas Desa Tahun 2010


1 Februari 2010 – Program Merentas Desa Tahun 2010 telah berjaya diadakan pada pagi ini bermula jam 7.30 pagi. Program yang diadakan setiap tahun dengan objektif untuk melahirkan pelajar dalam bidang sukan, semangat kesukanan dan seterusnya bersaing dengan cara sihat dalam menyumbang markah dalam rumah sukan masing-masing (Laksamana, Bendahara, Temenggong dan Panglima) sebelum bermulanya Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-34.

Program ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang dikelolakan oleh Encik Ismail Bin Ali. Pelajar berkumpul mengikut rumah sukan dilihat begitu gembira dan bersemangat untuk melaksanakan program ini.

Pelajar lelaki memulakan larian bermula jam 8.30 pagi manakala pelajar perempuan pula pada jam 8.45 pagi. Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) telah sudi melepaskan larian pelajar tersebut. 

Kira-kira 7 kilometer jarak  yang perlu semua pelajar lalui mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh Unit Sukan, SMK Benut. Antara kampung yang dilalui seperti kampung Parit Sayang, Kampung Lapis Sayang, Kampung Sempah Beruang dan Taman Mahkota.

Acara tamat jam 10.00 pagi. Seterusnya, bermula 11.00 pagi pelajar dikehendaki masuk ke kelas untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat masa persekolahan.

Warga SMK Benut turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Polis, Balai Polis Benut dan Pasukan RELA Benut yang membantu dan memberikan sumbangan tenaga dalam menjayakan program ini.

Tahniah kepada mereka yang telah berjaya dalam program merentas desa yang mana pengumuman rasmi akan diumumkan pada hari kejohanan sebenar nanti (25 Februari 2010).

  

























Ingin saksikan Video Merentas Desa. Klik pilihan anda.

Video V1                                    Video V2                                     Video V3


Friday, January 29, 2010

Warga SMK Benut Turut Berkabung


29 Januari 2010 – Bacaan Yassin dan Tahlil pada hari ini oleh Warga SMK Benut telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Warga SMK Benut turut berkabung atas kemangkatan Sultan Johor yang amat dikasihi.















Saturday, January 23, 2010

Al Fatihah


23 Januari 2010 - Dukacita dimaklumkan secara rasmi DYMM Sultan Johor telah mangkat. Oleh itu, sekolah dicutikan esok (23 Januari 2010), hari sekolah ganti akan ditentukan kemudian dan semua aktiviti dibatalkan. Sekian, terima kasih...makluman daripada Pengarah Pelajaran Negeri Johor...

Al Fatihah...

Tuesday, January 19, 2010

Semakan Kemasukan Ke Sekolah Teknik & Vokasional Serta Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2010


19 Januari 2010
- Para pelajar Tingkatan 3 Tahun 2009 yang membuat permohonan ke sekolah Teknik dan Vokasional Tahun 2010 boleh membuat semakan mulai hari ini di laman web berikut :

Sila klik di sini



Keputusan permohonan ke sekolah berasrama penuh sesi 2010

Sila klik di sini

Tahniah atas kejayaan anda...

Monday, January 18, 2010

Tahniah Pelajar PMR 2009


18 Januari 2009 – Warga SMK Benut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada 3 orang pelajar kelas 3 Al Biruni dari 31 orang Tahun 2009 yang telah berjaya lulus semua lapan mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2009.

Ianya merupakan janji pihak pentadbir SMK Benut yang akan memberikan hadiah sekiranya para pelajar kelas 3 Al Biruni (kelas terakhir dari 6 kelas keseluruhan Tingkatan 3 tahun 2009).

Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyampaikan hadiah penghargaan kepada pelajar tersebut.

Diharap semua pelajar lain dapat mencontohi dan berusaha dengan cemerlang dalam pelajaran.








Syabas Pasukan Catur SMK Benut


18 Januari 2009
– SMK Benut telah menyertai Pertandingan Catur MSSM Johor Peringkat Daerah Pontian Tahun 2010 yang diadakan selama 2 hari, iaitu 13 – 14 Januari 2010 bertempat di SMK Pt Betak, Pontian, Johor.


SMK Benut telah menyertai semua kategori, iaitu Lelaki 18, Perempuan 18, Lelaki 15 dan Perempuan 15.

Dalam pertandingan tersebut, SMK Benut telah berjaya mendapat tempat. Berikut keputusan rasmi kemenangan yang diperolehi oleh Pasukan SMK Benut.


Nama Pelajar
Kategori
Kejayaan
Amir Hamzah Bin Hj Mohamad Rahman

Lelaki 15
Johan
Aina Atiqah Binti Johari
Perempuan 15
Naib Johan
Nurul Hazirah Binti Sawalludin
Perempuan 18
Ketiga
Nurul Haziqah Binti Sawalludin
Perempuan 18
Keenam
Nurul Erna Erdayu Binti Salip
Perempuan 15
Ketujuh
Muhammad Danial Hishamuddin Bin Isa
Lelaki 18
Kelapan


Warga SMK Benut merakamkan sekalung penghargaan dan syabas atas kejayaan pasukan SMK Benut. Tidak lupa juga kepada Pengurus dan Jurulatih, iaitu Encik Abdul Rahman Bin Zainal dan Puan Siti Rohani Binti Hassan Basari atas kejayaan tersebut.