Thursday, November 3, 2011

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Bintang KU (SPM 2011)



31 Oktober 2011
– Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Bintang KU (SPM 2011) telah berjaya diadakan pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut. Seramai 13 orang pelajar (Bintang Hati KU), 20 orang pelajar (Bintang Pujaan KU) dan 61 orang pelajar (Bintang Kerlipan KU) terlibat dalam perjumpaan khas ini. Pihak pentadbir SMK Benut turut mengundang ibu bapa dan penjaga pelajar tersebut untuk bersama-sama dengan pelajar yang telah terpilih dalam perjumpaan ini.

Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyampaikan kata alu-aluan dalam perjumpaan ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang telah hadir dan memberikan kesungguhan dan sokongan padu dalam program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Seterusnya, beliau mengharapkan para pelajar yang terpilih dalam kumpulan Bintang KU ini terus fokus kepada pelajaran walaupun pada saat-saat terakhir dan memastikan pelaksanaan aktiviti yang diberikan dapat dilaksanakan dengan kerjasama dan kesungguhan bagi mencapai tahap kecemerlangan dalam SPM 2011.

Pihak sekolah turut mengundang Encik Abd. Aziz Bin Ismail (Penolong Kanan HEM, SMK Dato’ Ibrahim Majid) untuk menyampaikan ceramah motivasi Ibu bapa dan pelajar pada perjumpaan ini.  

Encik Selamat Bin Hj Mon (Penolong Kanan Pentadbiran) turut menyampaikan taklimat aktiviti Intensif Mengulangkaji Secara Aktif (IMSAK) kepada para pelajar yang terlibat. Seterusnya, beliau turut sudi menyempurnakan majlis penyerahan slip peperiksaan percubaan SPM dan jadual IMSAK.

Warga SMK Benut mengharapkan segala aktiviti yang dirancang dapat kerjasama semua pelajar yang terlibat untuk memastikan kecemerlangan berterusan dicapai terutama dalam peperiksaan SPM pada tahun ini. 

















Sumbangan Tabung Aman Palestin



31 Oktober 2011
– Majlis penyampaian penghargaan sumbangan Kutipan Tabung Aman Palestin telah berjaya diadakan di Dataran Perhimpunan SMK Benut semasa perhimpunan mingguan hari ini. Encik Muhammad Nazriq Bin Abdul Rahman (Pegawai Tadbir Aman Palestin Johor) telah sudi hadir untuk menyampaikan penghargaan tersebut kepada pengumpul terbanyak sumbangan ini kepada seramai 30 orang pelajar SMK Benut dan kepada pihak sekolah atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Beliau juga telah memaklumkan dan mengucapkan terima kasih kepada pelajar, iaitu Fatin Nurasyura Binti Basir (Tingkatan 1 Ibnu Sina) yang merupakan Pemungut Sumbangan Kutipan Tabung Aman Palestin terbanyak peringkat Kebangsaan, iaitu sebanyak RM1400.00. Semua pelajar tersebut menerima sijil penghargaan dan cenderamata daripada Aman Palestin Johor.










Jamuan Akhir Tahun KEBIRU 2011



29 Oktober 2011
– Jamuan Akhir Tahun KEBIRU, Pertukaran Guru serta Selamat Bertugas Tuan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran telah berjaya diadakan pada hari ini di Hotel Finetree, Batu Pahat. Majlis Salam Perpisahan Pertukaran kepada guru dan kakitangan SMK Benut pada tahun ini turut diadakan pada hari ini, Puan Hajah Azhariah Binti Omar, Puan Maizura Binti Md. Yusof dan Encik Mazlan Bin Ismail. Manakala kehadiran pentadbir baru kepada Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua) dan Encik Selamat Bin Haji Mon (PK Pentadbiran).

Majlis ini adalah kelolaan Jawatankuasa Bilik Guru dan Staf Sokongan (KEBIRU). Jamuan akhir tahun ini bermula jam 12.00 tengah hari.

Sebelum itu, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) turut diadakan bermula jam 8.30 pagi dan disampaikan oleh Encik Mohd Esa Bin Dasim (Guru Cemerlang, SMK Benut) bertajuk ‘Lesson Study”. Seterusnya, taklimat khas program ‘School Transformation Program’ SMK Benut pada tahun 2012 yang disampaikan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut).

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada yang diraikan semoga dapat meneruskan perkhidmatan cemerlang di tempat yang baharu.