Thursday, December 22, 2011

Tahniah Kepada Semua Murid PMR 2011



22 Disember 2011 – Warga SMK Benut merakamkan sekalung tahniah dan penghargaan, iaitu kepada EMPAT orang murid yang telah berjaya mencapai 8A dalam semua mata pelajaran yang diambil (MOHAMAD SYAFIQ BIN JALAL, NUR ZAFIRAH BINTI ANUAR, SITI NURAZURA BINTI HANAFI DAN GOH JIA YING). 

Sekalung tahniah dan syabas turut diberikan kepada LAPAN orang murid yang berjaya mencapai 7A 1B dalam mata pelajaran yang diambil (NOR AZMI BIN ABD RAHMAN, AINUL ZAKIYYAH BINTI ZULKIFLI, CHUA JING XUAN, NOOR HIKMARIA BINTI AMBO ABDUL RAOFF, NURUL SYAFIQAH BINTI TAPAK, ONG FANG TING, TEE JING YING, DAN TEO SHI EIN).

Semua murid telah mengambil slip keputusan melalui guru tingkatan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula jam 10.00 pagi. Pencapaian keseluruhan PMR 2011 sebanyak 69.44 % lulus semua mata pelajaran dengan Gred Purata Sekolah sebanyak 2.79, iaitu meningkat 0.10 berbanding pencapaian tahun 2010. Jumlah calon PMR 2011 yang mengambil peperiksaan seramai 216 orang.

Analisis keseluruhan mengikut mata pelajaran yang lulus, iaitu Bahasa Melayu (97.67%), Bahasa Inggeris (79.44%), Sejarah (94.84 %), Geografi (86.45%), Bahasa Cina (94.23%), Pendidikan Islam (87.65%), Matematik (96.26%), Sains (97.18%), KHB 2 (100%), KHB 3 (100%) dan KHB 4 (100%).

Warga SMK Benut sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang berjaya lulus semua mata pelajaran. Teruskan kecemerlangan anda untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya di Tingkatan Empat yang akan bermula pada hari Rabu, 4 Januari 2012.

Tahniah dan terima kasih kepada semua tenaga pengajar Tingkatan Tiga 2011 yang turut memastikan kecemerlangan SMK Benut terus cemerlang.






```







Thursday, December 15, 2011

Tindakan Semua Guru SMK Benut

TARIKH
HARI & MASA
KEHADIRAN
AKTIVITI
22-12-2011
Khamis
8.00 pagi
Semua Pentadbir, S.U. PMR, Guru Tingkatan 3
Cadangan Tarikh
Keputusan PMR Tahun 2011




27-12-2011
Selasa
8.00 pagi

Semua Pentadbir
Mesyuarat Pentadbir
28-12-2011
Rabu
8.00 pagi
Semua Guru
Mesyuarat Guru Bil.1/2012
Mesyuarat SPSK Bil.1/2012
29-12-2011
Khamis
8.00 pagi
Semua Guru
Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2012
Mesyuarat Panitia Bil.1/2012
Mesyuarat HEM Bil.1/2012
30-12-2011
Jumaat
8.00 pagi
Semua Guru
Mesyuarat Kokurikulum Bil.1/2012
Mesyuarat Guru Tingkatan Bil.1/2012
Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar




02-01-2012
Isnin
8.00 pagi
Semua Guru
Pendaftaran Tingkatan 1,2,3,4,5 & 6 Atas,
Gotong Royong Kebersihan Kelas dan Bilik Khas
03-01-2012
Selasa
8.00 pagi
Semua Pentadbir, Guru Asrama
Pendaftaran Pelajar Asrama

Friday, December 9, 2011

Terima Kasih AmBank (M) Berhad Johor



9 Disember 2011 – Seramai 10 orang pelajar SMK Benut telah terpilih untuk mengikuti program ‘AmBank Group Region 4 - Back To School Charity 2012’ . Mereka yang terpilih terdiri daripada murid yang keluarga berpendapatan rendah serta mempunyai pencapaian yang baik dalam pelajaran. Mereka dipilih oleh Unit Kebajikan Murid - Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Benut di bawah pengelolaan Puan Hajah Noryani Binti Nandar (Kaunselor Murid, SMK Benut). Turut serta 10 orang murid dari SMK Sri Tanjung, Pontian. Pengangkutan bas telah disediakan untuk menyertai program ini.

Mereka dikehendaki berbelanja membeli barang-barang keperluan untuk ke sekolah dengan nilai barangan sebanyak RM150.00 di Gedung Borong Mydin Mart, Johor Bahru pada hari ini. Seterusnya, mereka diberikan makanan percuma, iaitu set makanan di KFC, Johor Bahru. Mereka juga diberikan cenderahati yang menarik daripada AmBank.  Majlis penutup program ini disempurnakan oleh YB Datuk Osman Bin Sapian (ADUN Kempas).

Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan terutama kepada Encik Azhar bin Hasrin (Pengurus Cawangan AmBank Pontian) yang memilih murid SMK Benut untuk menyertai program ini serta pihak pengurusan AmBank (M) Berhad Johor. Diharap program amal seperti ini diteruskan bagi membantu murid-murid yang kurang berkemampuan untuk bersama-sama bersedia untuk kembali ke sekolah dengan keperluan yang baik. Bagi murid yang terpilih jadikan pemberian ini sebagai motivasi untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. Tahniah.