Thursday, March 22, 2012

Tahniah SMK Benut dan Pelajar SPM 2011


21 MAC 2012 – Seramai 179 orang pelajar Tingkatan 5 tahun 2011 telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Prestasi Analisis Pencapaian Keputusan SPM 2011 yang diperoleh pada hari ini amat membanggakan kepada warga SMK Benut. Pencapaian Keseluruhan Sekolah sebanyak 96.6 %  manakala Gred Purata Sekolah (GPS) mendapat 4.84. 

Prestasi Pencapaian Keputusan SPM 2011 ini turut mencatat kebanggaan apabila sebanyak sembilan mata pelajaran mencapai peningkatan lulus 100%. Antara mata pelajaran tersebut, iaitu GEOGRAFI, PENDIDIKAN SENI VISUAL, MATEMATIK TAMBAHAN, PRINSIP PERAKAUNAN, EKONOMI ASAS, ICT, FIZIK, BIOLOGI dan PENGETAHUAN SAINS SUKAN.

Tahniah kepada warga SMK Benut yang telah dianugerahkan Sijil Penghargaan Khas daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Pontian dalam pencapaian Cemerlang Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011.

Antara anugerah yang diterima, iaitu daripada Jabatan Pelajaran Daerah Pontian. Manakala 4 anugerah diperoleh daripada Pejabat Pelajaran Daerah Pontian, iaitu
1.      Anugerah Lonjakkan Saujana GPS 0.89
2.      Anugerah Penghargaan Peningkatan Peratus Tiga Tahun Berturut-turut.
3.      Anugerah Penghargaan Peratus Tertinggi Sekolah Harian (96.65%)
4.      Anugerah Penghargaan Anjakan GPS Tertinggi Sekolah Harian 5.30 (2010) kepada 4.84 (2011).
5.      Anugerah Penghargaan GPS Terbaik Sekolah Harian (4.84).

SMK Benut turut mendapat tempat PERTAMA dalam pencapaian keseluruhan mengikut sekolah PARLIMEN PONTIAN dan tempat PERTAMA dalam pencapaian keseluruhan mengikut Sekolah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan BENUT.

Tahniah dan syabas kepada warga SMK Benut dan pelajar SPM 2011 yang memastikan kecemerlangan SMK Benut yang berterusan.









Wednesday, March 21, 2012

Tahniah Pelajar SPM 2011



21 MAC 2012 – Warga SMK Benut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada 13 orang pelajar Tingkatan Lima Tahun 2011 yang mencapai Kecemerlangan Terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2011 yang telah diperoleh pada hari ini.

Slip Keputusan SPM 2011 kepada pelajar cemerlang ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Azizah Binti Haji Omar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Benut) di Dewan Baiduri, SMK Benut pada pagi ini.

Berikut senarai pelajar yang berjaya mencapai tahap Kecemerlangan Akademik. SPM 2011 :

Bil
Nama Pelajar
Pencapaian SPM 2011
Kelas Tahun 2011
1
CHUA JING ZHE
9A
5 IBNU SINA
2
MOHD AZWAN BIN MOHD ISMAIL
8A
5 IBNU SINA
3
MUHAMAD ANUAR BIN MASNAN
7A
5 IBNU SINA
4
NORHIDAYAH BINTI ELIAS
7A
5 IBNU KHALDUN
5
FARAH ADILLA BINTI LABDULARASID
7A
5 IBNU KHALDUN
6
NURIZZATY BINTI YAZID
7A
5 AL-FARABI
7
NUR ATIQAH BINTI NASIS
6A
5 IBNU SINA
8
LEA HUI SHAN
6A
5 IBNU SINA
9
NURAYUNI BINTI RUSLI
6A
5 IBNU RUSYD
10
NUR EZATUL SHIMA BINTI MOHD ISMAIL
6A
5 IBNU KHALDUN
11
NUR FARA EZATUL SHIMA BINTI MOHD ISMAIL
6A
5 IBNU KHALDUN
12
DAYANG SUHAELLA BINTI MISNON
6A
5 IBNU KHALDUN
13
ROSDIANA BINTI MUHAMAD SALEM
6A
5 AL-FARABI


Bagi pelajar SPM 2011 yang lain turut diucapkan tahniah dengan pencapaian yang diperoleh. Buatlah pilihan terbaik untuk peringkat seterusnya bagi menentukan hala tuju sama ada meneruskan pelajaran atau ke alam pekerjaan.