Thursday, January 5, 2017

Majlis Penutupan Minggu Suaikenal Murid Tingkatan 1

5 Januari 2017: Majlis Penutupan Rasmi Minggu Suaikenal Tingkatan 1 telah disempurnkan oleh Tuan Pengetua di Dewan Baiduri SMKB setelah menjalani berbagai aktiviti sepanjang 5 hari diadakan. Dalam ucapan penutupan tuan pengetua, beliau mengingatkan agar semua murid tidak membawa budaya sekolah rendah ke SMKB. Beliau juga mengharapkan agar 195 murid dihadapnnya akan dapat mengharumkan nama baik sekolah dan seterusnya menjulang nama baik SMKB.

Setelah selesai majlis penutupan, semua murid telah dibawa masuk ke kelas bersama Guru Tingkatan masing-masing. 

Semoga aktiviti minggu suaikenal ini akan memberikan kesan yang besar kepada semua murid tingkatan 1. Selamat menjadi sebahagian dari warga SMKB.



Monday, January 2, 2017

Orientasi Murid Tingkatan 1 dan 4 SMKB 2017

2 Januari 2017: Satu program orientasi tingkatan 1 dan 4 telah dijalankan di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bagi murid tingkatan 1 program ini berlangsung sehingga 7 Januari 2016 sementara bagi murid tingkatan 4 pula program akan dijalankan selama 2 hari sahaja.


Objektif program orientasi tingkatan 1:
1. Memberi pendedahan kepada semua pelajar Tingkatan 1 tentang bidang-bidang pembelajaran mereka      yang melibatkan kurikulum dan ko-kurikulum.
2. Memberi pendedahan dan menyesuaikan pelajar dengan pembelajaran sekolah menengah.
3. Mengetahui dan mematuhi tatacara disiplin sekolah yang telah ditetapkan.  
4. Melatih murid-murid agar boleh berdikari, yakin diri dan berkemahiran.  
5. Meningkatkan motivasi diri sebagai pelajar.

Objektif program orientasi tingkatan 4:
1. Memberi pendedahan tentang subjek menengah atas.
2. Memperkenalkan kepada pelajar tentang pensijilan terbuka.
3. Memberi pendedahan kerjaya kepada pelajar mengikut minat dan kebolehan mereka.
Terima kasih kepada penyelaras program orientasi En. Zali Mokri (Tg 1) dan Pn. Noor Zahidah (Tg 4). Semoga ianya akan memberikan impak yang besar kepada  SMKB.
















  

Friday, December 30, 2016

Teks Amanat Awal Tahun 2017 Oleh PPJ

185 Murid Baru Tingkatan 1 Mendaftar di SMK Benut

29 Disember 2016: Seramai 185 murid baru tingkatan 1 telah mendaftar di SMKB. Berbanding pada sesi tahun 2016 hanya seramai sekitar 130 orang sahaja mendaftar.

Serentak dengan pendaftaran murid tingkatan 1 juga dijalankan pendaftaran tingkatan 2, 3, 5 dan PraU Senior. Jualan barang persediaan sekolah oleh Koperasi SMKB Bhd juga turut dijalankan pada hari berkenaan.

Terima kasih kepada semua guru yang menjayakan hari pendaftaran sekolah. Semoga SMKB akan terus cemerlang. SMKB, We Are The Best.


















 

Mesyuarat Guru dan Pengurusan Bil/1 Tahun 2017

Mesyuarat Guru dan Pengurusan Bil 1/2017 telah dijalankan sebelum memulakan sesi persekolahan tahun 2017. Mesyuarat dijalankan selama 2 hari:
  • 27 Dis 2016: Mesyuarat Guru, Mesyuarat Agung KEBIRU dan Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum
  • 28 Dis 2016: Mesyuarat Pengurusan Kurikulum, Mesyuarat Pengurusan HEM dan Mesyuarat Pengurusan Tg 6
Tahniah kepada semua guru atas kehadiran dalam mesyuarat tersebut. Tahniah juga kepada En Arbain atas perlantikan sebagai pengerusi KEBIRU sesi 2017/2018






 

Sunday, December 18, 2016

Senarai Nama Murid Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 Tahun 2017

Berikut adalah senarai nama murid tingkatan 2, 3 dan 4 tahun 2017.
Sila klik di bawah untuk mendapatkan softcopy. Terima kasih.

1. Senarai Nama Murid Tingkatan 1 Tahun 2017
2. Senarai Nama Murid Tingkatan 2 Tahun 2017
3. Senarai Nama Murid Tingkatan 3 Tahun 2017
4. Senarai Nama Murid Tingkatan 4 Tahun 2017 

Catatan: Untuk senarai nama Ting 5 sila rujuk nama mengikut buku kedatangan tahun 2016