Monday, January 2, 2017

Orientasi Murid Tingkatan 1 dan 4 SMKB 2017

2 Januari 2017: Satu program orientasi tingkatan 1 dan 4 telah dijalankan di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bagi murid tingkatan 1 program ini berlangsung sehingga 7 Januari 2016 sementara bagi murid tingkatan 4 pula program akan dijalankan selama 2 hari sahaja.


Objektif program orientasi tingkatan 1:
1. Memberi pendedahan kepada semua pelajar Tingkatan 1 tentang bidang-bidang pembelajaran mereka      yang melibatkan kurikulum dan ko-kurikulum.
2. Memberi pendedahan dan menyesuaikan pelajar dengan pembelajaran sekolah menengah.
3. Mengetahui dan mematuhi tatacara disiplin sekolah yang telah ditetapkan.  
4. Melatih murid-murid agar boleh berdikari, yakin diri dan berkemahiran.  
5. Meningkatkan motivasi diri sebagai pelajar.

Objektif program orientasi tingkatan 4:
1. Memberi pendedahan tentang subjek menengah atas.
2. Memperkenalkan kepada pelajar tentang pensijilan terbuka.
3. Memberi pendedahan kerjaya kepada pelajar mengikut minat dan kebolehan mereka.
Terima kasih kepada penyelaras program orientasi En. Zali Mokri (Tg 1) dan Pn. Noor Zahidah (Tg 4). Semoga ianya akan memberikan impak yang besar kepada  SMKB.
















  

No comments: