Thursday, January 5, 2017

Majlis Penutupan Minggu Suaikenal Murid Tingkatan 1

5 Januari 2017: Majlis Penutupan Rasmi Minggu Suaikenal Tingkatan 1 telah disempurnkan oleh Tuan Pengetua di Dewan Baiduri SMKB setelah menjalani berbagai aktiviti sepanjang 5 hari diadakan. Dalam ucapan penutupan tuan pengetua, beliau mengingatkan agar semua murid tidak membawa budaya sekolah rendah ke SMKB. Beliau juga mengharapkan agar 195 murid dihadapnnya akan dapat mengharumkan nama baik sekolah dan seterusnya menjulang nama baik SMKB.

Setelah selesai majlis penutupan, semua murid telah dibawa masuk ke kelas bersama Guru Tingkatan masing-masing. 

Semoga aktiviti minggu suaikenal ini akan memberikan kesan yang besar kepada semua murid tingkatan 1. Selamat menjadi sebahagian dari warga SMKB.



No comments: