Saturday, January 14, 2017

Orientasi Asrama Asli SMKB


13 januari 2017: Orientasi asrama Asli SMKB telah dijalankan di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling. Dalam ucapan penutupan oleh tuan pengetua, beliau mengingatkan semua penghuni asrama mematuhi peraturan asrama yang disediakan.
Program ini dirancang untuk memberi kesedaran serta memberikan ruang kepada para pelajarasrama untuk mengenali antara satu sama lain. Program ini juga bertujuan bagi membiasakanpara pelajar terutama kepada pelajar baru yang mendiami asrama untuk berasa lebih selesa danseronok sepanjang berada di asrama.


OBJEKTIF:
Memberi ruang kepada para pelajar untuk mengenali pelajar-pelajar lama yang mendiamiasrama.
Memperkenalkan pelajar kepada persekitaran asrama.
Membiasakan para pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar lain dengan lebih baik danmesra.
Memberi keselesaan kepada para pelajar serta membuat pelajar berasa seronok untuk tinggal di asrama.
Memperkenalkan warden asrama serta jawatan kuasa asrama kepada semua pelajarasrama.

MATLAMAT
Membimbing serta memberi ruang kepada pelajar untuk berasa selesa dan seronok sepanjangberada di asrama.






















Thursday, January 12, 2017

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1438H SMKB

TARIKH : 12 Januari 2017 (KHAMIS)
MASA : 7.15 pagi hingga 11.30 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

LATAR BELAKANG

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SMKB. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasullulah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan hidup ini.

OBJEKTIF

1)      Menanam rasa cinta yang mendalam kepada Rasullullah .
2)      Melahirkan kesedaran kepada murid-murid mengenai jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan kebenaran Islam.
3)      Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan  memelihara akhlak dan tingkah laku sebagai seorang Muslim.
4)      Mengasah bakat murid dalam aktiviti berteraskan Islam
5)      Merapatkan silaturrahim antara guru dan murid-murid dalam  memartabatkan Pendidikan Islam.

RINGKASAN MAJLIS

Murid-murid dan guru-guru berkumpul di Dewan Baiduri pada jam 7.15 pagi. Majlis dimulakan dengan budaya Al-Quran, selawat dan marhaban. Kemudian, majlis dimulakan dengan bacaan doa, tayangan video dan juga slaid. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua SMKB, En. Mastura Aladdin bin Masro. Dalam teks ucapannya, tuan pengetua berharap sambutan maulidur rasul ini dapat di imarahkan lagi dan dijalankan sepanjang tahun.

Majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ust. Salam bin Manaf. Pengisian ceramah ustaz sangat padat dan dipenuhi dengan nasihat dan motivasi kepada warga SMKB dalam memperingati hari bersejarah kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi. Warga SMKB dijamu dengan nasi beriani yang mana meneruskan tradisi makan di dalam dulang. Murid dibenarkan masuk ke kelas masing-masing untuk proses PDP berlangsung pada jam 11.30 pagi. Di harap majlis ini akan mampu melahirkan rasa keinsafan dan menimbulkan semangat baru dalam diri murid-murid ke arah membentuk sahsiah dan peribadi cemerlang, sejajar dengan matlamat pendidikan Islam untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan dan beramal. 


GAMBAR-GAMBAR