TARIKH : 12 Januari 2017 (KHAMIS)
MASA : 7.15 pagi hingga 11.30 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut
LATAR BELAKANG
Sambutan Maulidur
Rasul peringkat sekolah adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam
SMKB. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh
penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan
menjadikan Rasullulah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan
hidup ini.
OBJEKTIF
1) Menanam rasa cinta yang mendalam kepada
Rasullullah .
2) Melahirkan kesedaran kepada murid-murid
mengenai jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan kebenaran Islam.
3) Memberi pendedahan kepada murid tentang
kepentingan memelihara akhlak dan
tingkah laku sebagai seorang Muslim.
4) Mengasah bakat murid dalam aktiviti
berteraskan Islam
5) Merapatkan silaturrahim antara guru dan
murid-murid dalam memartabatkan
Pendidikan Islam.
RINGKASAN MAJLIS
Murid-murid dan guru-guru
berkumpul di Dewan Baiduri pada jam 7.15 pagi. Majlis dimulakan dengan budaya
Al-Quran, selawat dan marhaban. Kemudian, majlis dimulakan dengan bacaan doa,
tayangan video dan juga slaid. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua
SMKB, En. Mastura Aladdin bin Masro. Dalam teks ucapannya, tuan pengetua
berharap sambutan maulidur rasul ini dapat di imarahkan lagi dan dijalankan
sepanjang tahun.
Majlis diteruskan
dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ust. Salam bin Manaf. Pengisian ceramah
ustaz sangat padat dan dipenuhi dengan nasihat dan motivasi kepada warga SMKB
dalam memperingati hari bersejarah kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W.
Majlis berakhir pada
jam 11.00 pagi. Warga SMKB dijamu dengan nasi beriani yang mana meneruskan
tradisi makan di dalam dulang. Murid dibenarkan masuk ke kelas masing-masing
untuk proses PDP berlangsung pada jam 11.30 pagi. Di harap majlis ini akan
mampu melahirkan rasa keinsafan dan menimbulkan semangat baru dalam diri
murid-murid ke arah membentuk sahsiah dan peribadi cemerlang, sejajar dengan
matlamat pendidikan Islam untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman,
berketrampilan dan beramal.
GAMBAR-GAMBAR
No comments:
Post a Comment