Wednesday, August 8, 2018

Latihan Kebakaran SMK Benut 2018


TARIKH : 8 Ogos 2018 (RABU)
MASA : 8.30 pagi hingga 10.10 pagi
TEMPAT : Padang, SMK Benut



 Pada 8 Ogos yang lalu Sekolah Menengah Kebangsaan Benut telah menjalankan latihan kebakaran siri pertama. Latihan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 10.10 pagi. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang disediakan pada setiap tahun  sebagai persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran sekolah. Semua warga SMK Benut terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.
              Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah.  Setelah loceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah. Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan. AJK Disiplin telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah. Penerangan tentang aktiviti ini disampaikan oleh En Abd Khalil bin Mohd Masri selaku penyelaras unit kebakaran sekolah. Murid-murid kemudiannya melihat demonstrasi menyelamatkan mangsa dan memadam kebakaran sebagai pendedahan tentang cara-cara menangani kebakaran dengan betul.
Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SMK Benut sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan ribut.  Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.



























Sunday, July 8, 2018

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH SMK BENUT TAHUN 2018

Tarikh: 05 Julai 2018
Hari: Khamis
Tempat: SMK Benut



Sambutan hari raya aidifitri  peringkat Smk Benut merupakan sambutan yang disambut dengan meriah pada setiap tahun.Sambutan pada kali ini diadakan pada  hari Khamis,05 Julai 2018.
Pengisian sempena sambutan hari raya kali ini, didahulukan dengan Bacaan Al-quran, Marhaban, Tazkirah serta Program Motivasi kepada para pelajar dan akhir sekali Jamuan Hari Raya.
  Antara objektif sambutan hara raya ini ialah:
1.    Merapatkan hubungan silaturrahim antara murid, guru dan staff SMK Benut dengan saling bermaaf-maafan.
2.    Mewujudkan rasa insaf dan syukur sebagai penganut beragama Islam setelah berpuasa selama sebulan.
3.    Merapatkan jurang kehidupan di kalangan warga sekolah.
                         























CAHAYA RAMADHAN BERLALU PERGI
MENYAMBUT TIBANYA AIDILFITRI
AMPUN MAAF SEGALA PERI
SEMOGA IKATAN KEKAL DI HATI
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI LAHIR PELAJAR ASRAMA SMK BENUT


TARIKH: 03 JULAI 2018
HARI: SELASA
TEMPAT: DEWAN MAKAN ASRAMA (ASLI) SMK BENUT




Pada 03 Julai 2018, bermula selepas solat maghrib bertempat di perkarangan dewan makan asrama sekolah, sambutan hari raya dan hari lahir dijalankan bersama pelajar asrama. Ramai yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut termasuk pihak pentadbir SMK Benut, AJK Asrama dan warden asrama SMK Benut.








 


 
 




 




Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan ,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin...

RIANG RIA HARI RAYA AIDILFITRI WARGA PENDIDIK BERSAMA STAF SMK BENUT TAHUN 2018


TARIKH: 06 JULAI 2018
HARI: JUMAAT
TEMPAT:DEWAN BAIDURI, SMK BENUT


Keriangan hari raya disambut dengan meriah setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. AJK KEBIRU Smk Benut telah menjayakan program sambutan hari raya untuk Warga Pendidik serta staf SMK Benut  pada minggu lepas. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengenali lebih rapat lagi sesama kita sempena bulan Syawal yang menjelma ini. Semoga majlis ini memberikan seribu kenangan terindah kepada warga SMK Benut dalam merayakan hari yang mulia ini dengan jayanya. 


















Dengar beduk berbunyi,
Sayap bergema di subuh sunyi,
Memanggil kepada muslimin,
Segera berbakti kepada illahi,

Suara azan menyahut,
Terdengar sayup memecah sunyi,
Memohon restu dengan bakti,
Kepada Illahi Tuhan Yang Maha Suci,

SALAM AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN...
SELAMAT HARI RAYA...



SAMBUTAN HARI LAHIR PELAJAR DAN GURU PERINGKAT SEKOLAH SMK BENUT TAHUN 2018



TARIKH: 01 JULAI 2018
HARI: AHAD
TEMPAT:DEWAN BAIDURI, SMK BENUT





Pada 1 Julai 2018, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun kelahiran murid-murid dan guru-guru yang lahir pada bulan Jun. Murid yang terlibat ialah murid-murid yang lahir pada bulan Jun dari tingkatan 1 hingga Pra Universiti bersama dengan guru-guru SMK Benut yang lahir pada bln Jun. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan murid-murid dan guru-guru yang lahir pada bulan tersebut.

Majlis ini dimulakan dengan upacara memotong kek dengan diiringi nyanyian lagu Selamat Hari Jadi secara beramai-ramai. Murid-murid  ini diraikan bersama-sama dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Majlis sambutan Ulang tahun Kelahiran ini akan diteruskan pada masa akan datang. Pihak Bimbingan dn Kaunseling merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir dan guru Program Guru Penyayang atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Semoga sambutan ini akan dapat terus dikekalkan pada masa akan datang.


Program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesame pelajar dan guru serta pihak pengurusan sekolah. Antara objektifnya adalah:


  •          Menghargai serta menjaga kebajikan setiap warga SMK Benut
  •          Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang.
  •          Mengeratkan hubungan pelajar dengan para guru.
  •          Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai.
  •         Agar murid merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus mereka  akan lebih menyayangi sekolah

      


SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR 
SEMOGA PANJANG UMUR DAN MEMPEROLEHI KEJAYAAN DALAM HIDUP




Wednesday, June 6, 2018

MAJLIS KHATAM AL-QURAN


TARIKH : 6 Jun 2018 (RABU)
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadhan  2018  telah diadakan dengan jayanya pada 6 Jun 2018 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Quran diketuai oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mohd Amin dan diteruskan bacaan oleh pelajar-pelajar tingkatan 6. Selepas majlis tersebut selesai, majlis pada hari tersebut diteruskan dengan penyampaian sumbangan raya kepada para pelajar SMK Benut.

Secara keseluruhannya majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan sambutan Khatam Al-Quran bagi tahun ini. Diharap sambutan ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.




















Sunday, June 3, 2018

PROGRAM IFTAR ASRAMA (ASLI) SMK BENUT TAHUN 2018

Hari: Khamis
Tarikh : 31 Mei 2018
Tempat: Dewan Makan Asrama (Asli) SMK Benut

Objektif program:

1. Melahirkan pelajar asrama yang memperingati kelahiran Rasullah S.A.W disamping memberi pengisian rohani dalam diri pelajar, cemerlang di bidang kurikulum dan mempunyai sahsiah diri yang terpuji seperti yang ditunjukkan oleh Rasulluah S.A.W

2. Memberi pengetahuan, kefahaman, pengalaman dan pendedahan kepada para warga asrama mengenali lebih rapat pihak Pentadbir SMKB, ibu bapa, Tok Batin, JKKK kampung dan penduduk kampung.

3. Mengeratkan hubungan antara Pihak Pengurusan SMK Benut dengan Pihak Pengurusan Asrama SMK Benut dan ibu bapa.

4. Pengukuhan pengajaran dan pembelajaran melalui "informal learning" kepada pelajar asrama.




 



 

 

 
 
 




 



Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan rahmat. Aamiin insyaALLAH.Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Indahnya DUNIA hanya sementara,

Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika, tapi

Indahnya Ramadhan tak dapat ditukar ganti

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK