Sunday, September 23, 2018

MAJLIS MAKAN MALAM "Sirih Pulang Ke Gagang" SMK BENUT Bersama Dato Menteri Besar Selangor


19 September 2018(Rabu) :



Objektif: 
  • Menyampaikan ucapan syabas dan tahniah kepada YAB Dato'Menteri Besar Selangor.
  • Mengekalkan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan Alumni SMK Benut dan warga SMK Benut.
  • Pelancaran Tabung Kebajikan SMK Benut.
Majlis Makan Malam "Sirih Pulang Gagang"  telah berjalan dengan jayanya. Diucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Tuan Amirudin Bin Shari selaku Dato' Menteri Besar Selangor yang baru dilantik beberapa bulan yang lepas. Beliau merupakan anak jati Benut, Pontian dan merupakan alumni pelajar SMK Benut pada tahun 1993 sehingga tahun 1997.

Pada majlis tersebut, beliau telah melancarkan Tabung Kebajikan SMK Benut dan penyerahan cek kepada pihak sekolah. Kami warga SMK Benut berasa bangga diatas kejayaan yang telah dikecapi oleh alumni pelajar SMK Benut yang telah menjadi sebagai wakil rakyat dan menjadi pemimpin dan perantaraan rakyat di dalam sesebuah negeri. Semoga beliau dapat mengemudi dalam meningkatkan wawasan negara dan terus menjadi harapan dan kebanggaan kepada modal insan pada era ini.



















Tuesday, September 18, 2018

HARI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM SMK BENUT TAHUN 2018 DATANG KEMBALI!!!!

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI !!!!!!!

TARIKH: 19 & 20 SEPTEMBER 2018
HARI: RABU & KHAMIS
MASA: 10.30-4.00 PETANG (RABU), 7.30-2.00 PETANG (KHAMIS)
TEMPAT: PERKARANGAN DATARAN SMK BENUT





            

 BANYAK LAGI AKTIVTI YANG MENARIK DIADAKAN.......JEMPUT DATANG SEMUA....


SMK BENUT " WE ARE THE BEST!

Tuesday, September 4, 2018

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2018


TARIKH : 30 Ogos 2018 (KHAMIS)

MASA : 7.30 pagi hingga 8.50 pagi
TEMPAT : Dataran Perhimpunan, SMK Benut

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan  2018  telah diadakan dengan jayanya pada 30 Ogos 2018 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1)      Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
2)      Menguatkan rasa megah terhadap cintakan negara
3)      Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui budaya sayangkan negara

Majlis dimulakan dengan persembahan gimik perasmian, drama sempena Bulan Kemerdekaan oleh pelajar tingkatan 6 yang dibimbing oleh Cikgu Md Affindi bin Sukiran bersama guru-guru yang lain dan diteruskan dengan acara pemotongan riben oleh Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel beserta dengan ucapannya. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan koir oleh murid tingkatan 4 dengan lagu bertemakan merdeka. Majlis tersebut berakhir dengan sesi bergambar oleh pentadbir. Majlis perasmian pada hari itu berakhir pada pukul 8.50 pagi dan murid-murid bergerak ke kelas masing-masing.






















MAJLIS SEMAIAN BUDI SEMARAK KASIH





Pada tanggal 29 Ogos 2018, sebuah Majlis Semaian Budi Semarak Kasih telah diadakan untuk meraikan perpindahan Pn Emalina ke sekolah baru. Majlis perpisahan ini diadakan di dataran perhimpunan, SMKB bersama murid-murid dan jamuan perpisahan pada 30 Ogos 2018 di Sanggar Kokurikulum, SMK Benut. Puan Emalina akan berpindah ke Pulau Pinang mengikut suami yang bertugas di sana.
Pada jam 7.30 pagi, majlis dimulakan dengan perarakan masuk yang diraikan diiringi oleh guru-guru kanan. Majlis yang dipengerusikan oleh Pn.Hanipah Bte Rosli ini diteruskan pula dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mohd Amin untuk memberkati majlis. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMK Benut, Pn Roby bt Abd Hamid. Dalam ucapan tersebut, segala jasa dan usaha Pn Emalina telah disentuh. Seluruh warga SMKB sangat berterima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan di sekolah ini sepanjang berkhidmat.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan yang diraikan. Dalam ucapannya, Pn Emalina berterima kasih atas segala didikan dan tunjuk ajar, juga meminta maaf atas segala kesilapan sepanjang berada di sekolah ini. Sesi ucapan disambung dengan acara penyampaian hadiah kepada yang diraikan. Antara yang memberi hadiah pada majlis tersebut adalah seperti Koperasi, PIBG, KEBIRU, Pentadbir, Staf Sokongan, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bidang Bahasa, Bidang Sains & Matematik, Bidang Kajian Kemasyarakatan, Bidang Teknik & Vokasional, Guru-Guru Tingkatan 6, kelas yang diajar dan juga hadiah perseorangan. Majlis perpisahan  diakhiri dengan bait pantun dari pengerusi majlis tanda terima kasih dan semoga ukhwah akan terus terjalin. Majlis diiringi dengan linangan airmata tanda kesedihan atas perpisahan bersama dengan Pn Emalina, guru yang sangat komited.
Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan majlis. Semoga ukhwah ini akan terus berkekalan sepanjang hayat.


























Tuesday, August 28, 2018

TAHNIAH!!!
TUAH SMK BENUT

 DI
KARNIVAL TINGKATAN ENAM 

PERINGKAT NEGERI JOHOR

16 OGOS 2018 : Buat julung-julung kalinya program ini telah diadakan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin, komited, berdaya saing dan efisien sebagaimana hasrat yang terkandung, dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam merealisasi matlamat kerajaan untuk memantapkan modal insan. Pelajar Prauniversiti juga diharapkan menjadi role model kepada pelajar-pelajar junior dalam arus perdana dan masyarakat sekeliling.

Karnival ini telah berlangsung selama 2 hari. Antara pertandingan yang dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung ialah sketsa bahasa inggeris, drama kemerdekaan, treasure hunt, bowling, petanque, pengucapan awam, public speaking dan dart. Kesemua acara yang dipertandingkan telah disertai oleh SMK Benut. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu? Alhamdulillah SMK Benut telah merangkul banyak kejohanan di karnival ini antaranya ialah JOHAN pertandingann sketsa kemerdekaan, JOHAN pertandingan petanque, JOHAN pertandingan dart (lelaki), dan NAIB JOHAN pertandingan pengucapan awam (perempuan). Kejayaan ini sekaligus membawa kepada KEJOHANAN KESELURUHAN bagi Daerah PONTIAN. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru-guru yang bertungkus lumus. We Are The Best.

 
 






















Monday, August 27, 2018

PILIHANRAYA KAMPUS
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TINGKATAN 6

14 OGOS 2018 : Pilihanraya Kampus bagi majlis perwakilan pelajar tingkatan 6 merupakan salah satu aktiviti tahunan peringkat sekolah yang seringkali diadakan di SMK Benut. Antara matlamat pilihanraya ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar prauniversiti junior membentuk sebuah tampuk kepimpinan baharu bagi memimpin pelajar Prauniversiti Smk Benut selama sepenggal iaitu setahun. 

Selain itu, program ini juga sebagai persediaan di dalam membentuk jati diri dan disiplin dalam kalangan pelajar sebelum melangkah ke alam universiti kelak.