Tuesday, November 13, 2018

MAJLIS PERSARAAN "SANJUNGAN BUDI SEMARAK KASIH" TN HAJI RAZAK BIN NASIRAN DAN TN HJ ZAKARIA BIN MD TAHIR





31 OKTOBER 2018(RABU). Majlis persaraan dua orang guru SMK BENUT telah disambut meriah baru-baru ini di Dewan Baiduri SMK Benut. Salah seorang guru yang diraikan Tn Hj Razak Bin Nasiran, juga merangkap Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Tn Hj Zakaria Bin Md Tahir selaku Guru Tingkatan 6 yang telah berkhidmat selama 24 tahun di SMK Benut .


Hari penuh bersejarah ini telah diraikan oleh rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar. Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dirangka dan disediakan oleh ahli jawatankuasa majlis. Antaranya ialah menyambut ketibaan kedua-dua orang guru dengan paluan kompang serta pertunjukan silat oleh pelajar SMK Benut, nyanyian nasyid oleh pelajar serta persembahan bacaan sajak yang disampaikan oleh beberapa orang guru bagi menyerikan majlis tersebut. 


Dalam majlis tersebut, kedua-dua guru yang bersara ini diberi peluang untuk memberi ucapan sepatah dua kata sebagai amanat terakhir sebelum meninggalkan dunia perguruan. Majlis tambah berseri dengan tayangan video yang menarik dan mencuit hati serta penyampaian hadiah kepada kedua-dua guru tersebut. 






























BUNGA CINA BUNGA KARANGAN
TANAMLAH RAPAT TEPI PERIGI
ADIK DIMANA ABANG GERANGAN
BILALAH DAPAT BERTEMU LAGI

KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEHLAH KITA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMURKU PANJANG
BOLEHLAH KITA BERTEMU LAGI......



SELAMAT BERSARA DARI KAMI WARGA SMK BENUT....

JASAMU TETAP DIKENANG.....

BE THE BEST, DO THE BEST, WE ARE THE BEST...!!!!

HARI SUKAN NEGARA SMK BENUT TAHUN 2018






13 OKTOBER 2018 (Sabtu), Program Hari Sukan Negara 2018 melibatkan semua pelajar SMK Benut, Pontian agar dapat memperkembangkan potensi setiap pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dalam pembentukan insan yang seimbang, harmonis dan berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.


Hari Sukan Negara ini merupakan satu aktiviti tahunan semua sekolah dalam melahirkan rakyat sihat yang berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


 MATLAMAT
             1. Membina minda berkonsepkan budaya sihat kepada para pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Benut, Pontian.
2. Mengeratkan hubungan silaturahim, setia kawan di antara warga pendidik dengan pelajar
dan sesama pelajar. 
3. Berkonsepkan semangat setia kawan dan semangat ingin maju di samping berlumba-lumba
untuk menang. 
4. Larian ini sebagai seiring dengan satu mesej kecemerlangan dalam pendidikan di sekolah.














































"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"


BE THE BEST, DO THE BEST, WE ARE THE BEST.................!!!!








Majlis Mohon Restu dan Jamuan Calon SPM 2018

7 November 2018: Majlis Mohon Restu dan Jamuan Calon SPM 2018 telah dijalankan  secara sederhana tetapi cukup meriah dan bermakna.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan wakil pelajar dan ucapan Guru Penolong kanan Pentadbiran, Pn Roby bt Abd Hamid. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar semua calon SPM sentiasa dalam keadaan yang bersedia bagi menghadapi peperiksaan. Beliau juga mengingatkan agar dapat memastikan aspek keselamatan dan kesihatan dapat dijaga supaya tidak mengganggu penumpuan calon sewaktu peperiksaan sedang berlangsung. Selesai ucapan tersebut, semua murid bersalam-salaman sambil memohon restu kepada semua pentadbir dan guru-guru matapelajaran mereka. 

Semoga semua calon SMKB akan beroleh kejayaan yang cemerlang. "SMKB, We Are The Best"







Sunday, September 23, 2018

KEMERIAHAN HARI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM SMK BENUT TAHUN 2018

19 & 20 SEPTEMBER 2018 (Rabu dan Khamis):



Sempena menutup tirai Tahun 2018, SMK Benut telah mengadakan Hari Kecemerlangan Kokurikulum yang dirasmikan oleh Yang Berhormat En Suhaizan Bin Kaiat selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.




Kemeriahan sepanjang sambutan hari kemuncak kokurikulum SMK Benut Tahun 2018 diraikan dengan penuh jayanya. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program itu berlangsung selama dua hari antaranya ialah Pertandingan Memanah, Pertandingan Memasak, Pertandingan Kawad Statik, Pertandingan Azan, Busana Muslimah, Pertandingan Karaoke, Pameran  daripada agensi kerajaan dan swasta dan lain -lain lagi. 














 
 
 



 


 



 
 



















TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YANG TERLIBAT, SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI PADA HARI KOKURIKULUM TAHUN 2019 KELAK......


SMK BENUT.......................................
BE THE BEST!!!!!
DO THE BEST !!!!
WE ARE THE BEST !!!!