Sunday, March 11, 2007

Data Statistik Warga SMK Benut

BILANGAN GURU SMK BENUT 2007

GRED

MELAYU

CINA

JUMLAH

JUMLAH BESAR

L

P

L

P

L

P

Pengetua

1

-

-

-

1

-

1

Guru-Guru Penolong Kanan

2

1

-

-

2

1

3

Guru-Guru Ketua Bidang

2

2

1

-

3

2

5

Guru Cemerlang

1

-

-

-

1

-

1

Guru-Guru

21

46

-

1

21

47

66

JUMLAH

27

49

1

1

28

50

78




BILANGAN PELAJAR SMK BENUT 2007

GRED

MELAYU

CINA

JUMLAH

JUMLAH BESAR

L

P

L

P

L

P

Satu

70

109

17

22

87

131

218

Dua

97

88

20

26

117

114

231

Tiga

70

89

14

21

84

110

194

Empat Sastera

62

51

8

7

70

58

128

Empat Sains

14

26

9

14

23

40

63

Lima Sastera

46

54

17

4

64

65

129

Lima Sains

15

25

7

16

22

41

63

Enam Atas Sastera

29

84

1

7

30

91

121

Enam Atas Sains

0

0

3

6

3

6

9

Enam Rendah Sastera

46

84

1

3

47

87

134

Enam Rendah Sains

5

14

2

4

7

18

25

Jumlah

455

631

99

130

554

761

1315

Visi dan Misi SMK Benut

VISI

SMK Benut Gemilang Tahun 2009





MISI

Berazam untuk membentuk pelajar berilmu, berkemahiran, bersikap yang diperlukan dan terlibat dalam masyarakat yang berubah melalui kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan berteraskan kepada kecemerlangan dalam kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan disiplin, pengurusan dan perhubungan komuniti dengan komitmen kepada kualiti.

Pelan SMK Benut

Lencana, Lagu dan Ikrar Pelajar SMK Benut




MAKSUD LENCANA SMK BENUT

Bentuk :

Bentuk perisai melambangkan kerajinan, ketabahan dan ketegasan dalam menghadapi maslah pengajaran dan pembelajaran.


Warna maroon:

Merupakan warna kebanggaan sekolah yang melambangkan keberanian, keihklasan, dan kejujuran dalam masyarakat sekolah yang berbilang bangsa.


Moto :

“BELAJAR, BERAMAL, BERJASA” jelas mengingatkan setiap pelajar supaya mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya membuat jasa kepada bangsa, agama dan negara.


Buku :

Menggambarkan segala puncak ilmu pengetahuan.

1965 :

1965 tertulis di dalam buku mengingatkan bahawa sekolah ini telah ditubuhkan pada 14 Januari 1965.

Obor :

Simbol yang membawa pengertian menerangi hidup pelajar-pelajar dari kegelapan dan kejahilan.


Pokok :

Melambangkan semangat perpaduan dan keharmonian serta menunjukkan hasil utama kawasan Benut.




LIRIK LAGU SMK BENUT


Sekolah menengah kita
Muridnya berbilang bangsa
Bersama mengejar cita
Berkhidmat kepada nusa
Serta bangsa dan negara yang tercinta
Ku taburi jasa

Dalam bidang pelajaran
Sungguh-sungguh dijayakan
Sukan dan kebudayaan
Bersama dipergiatkan
Didikan guru di segala lapangan
Tetap diusahakan

Tugas paling utama
Taat pada agama
Agar kebaikan nama
Mulia selama-lama

Mari kita berusaha
Ajaran guru mulia
Amalkanlah sentiasa
Dengan semangat setia

Belajar beramal dan
Berbuat jasa
kepada negara ....



IKRAR PELAJAR

Maka kami pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Benut dengan ini mengaku dan berjanji :
  • akan hadir ke sekolah setiap hari persekolahan
  • hadir ke sekolah pada masa yang tepat
  • berada di dalam kelas pada waktu belajar
  • bekerja keras untuk mencapai kejayaan
  • menyiapkan kerja rumah tepat pada waktunya serta
  • memberi kerjasama kepada guru-guru sewaktu pembelajaran
  • memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas
  • bersama bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan sekolah
  • mematuhi segala peraturan sekolah dan menghormati warga sekolah yang lebih dewasa
  • kami juga berjanji akan mengelakkan diri dari terlibat dengan gejala negatif dan
  • bersedia menerima hukuman sekiranya melanggar peraturan sekolah

Lagu Sekolah.wav




Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Benut

PENDAHULUAN

Semenjak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Benut ditubuhkan pada 8 April 1974 sehingga sekarang persatuan ini telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang ada kaitan dengan matlamat penubuhannya iaitu membantu pihak sekolah dalam mewujudkan alam persekolahan yang selesa bagi membolehkan pelajar melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan dari segi rohani, akhlak, mental dan fizikal yang kental.

Fungsi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Benut ialah menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan seperti yang di bawah ini :

  1. Membantu dalam memajukan perkembangan dan menjaga kebajikan pelajar.
  2. Menambah sumber kewangan sekolah bagi meningkatkan kemudahan dan prestasi pasarana di sekolah.
  3. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat.
  4. Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.


SENARAI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENUT 2005-2006

Ex-Officio : Tuan Haji Hashim Bin Mohd Dom

Yang DiPertua : Encik Azman Bin Jaffar

Naib Yang DiPertua : Encik Aros Bin Ibrahim

Setiausaha : Encik Mosman Bin Parkan

Penolong Setiausaha : Cik Salawati Binti Athan

Bendahari : Encik Abdul Razak Bin Nasiran

Ahli-Ahli Jawatankuasa :

Biro Pendidikan : Encik Aw Koh Sai

Biro Kewangan : Encik Abdul Razak Bin Nasiran

Biro Kebajikan dan Sosial : Encik Khamis Bin Haji Ahmad

Biro Disiplin : Encik Aros Bin Ibrahim

Biro Ekonomi : Encik Lukman Bin Haji Muhammad

Biro Sukan dan Kebudayaan : Encik Daud Bin Ab Rahman

Biro Hal Ehwal Wanita : Puan Hajah Musirah Binti Mostajab

Biro Penerangan : Tuan Haji Jamaludin Bin Selamat dan Encik Abd Rahman Bin Laberahima

Pemeriksa Kira-Kira : Encik Moffar Bin Jikan dan Encik Ismail Bin Ahmad


Penyata Laporan Tahunan Kegiatan Tahunan Perkhidmatan Tahunan 2005/2006 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian, Johor.

Di sepanjang perkhidmatan sesi 2005/2006, PIBG telah bergerak menerusi biro-bironya, iaitu


BIRO PENDIDIKAN

1. Kelas Tambahan sebelah petang bagi pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas.

2. Kelas Bimbingan dan pemulihan cuti Penggal

3. Kelas Tambahan Intensif atau Kelas Kecemerlangan sebelah petang dan hari Sabtu

4. Kelas Tambahan Klinikal

5. Kelas Hikmah anjuran Yayasan Pelajaran Johor

6. Kelas Tambahan Al-Fallah

7. Kelas Ibnu Sina Yayasan Pelajaran Johor

8. Ceramah Teknik Menjawab Soalan-soalan Peperiksaan PMR, SPM, dan STPM

9. Ceramah Motivasi Ibu Bapa

10. Ceramah Motivasi pelajar-pelajar Tingkatan Lima Sains, peluang melanjutkan pelajaran ke universiti

11. Seminar Petua Cemerlang Peperiksaan PMR

12. Kursus Kepimpinan

13. Gerak Gempur mata pelajaran PMR dan SPM

14. Kem Bahasa

15. Hari Terbuka

16. Hari Penyampaian Hadiah Kecemerlangan

17. Hari Mesyuarat Agung PIBG

18. Kegiatan-Kegiatan Agama dan Pendidikan Moral

19. Program Menganggur Berdikari

20. Sambutan Maulidur Rasul

21. Sembahyang Hajat bagi para pelajar Islam PMR, SPM dan STPM

22. Kem Motivasi Pendidikan Moral

23. Lawatan Pendidikan Moral ke rumah-rumah kebajikan


BIRO KEWANGAN


1. Menjalankan aktiviti derma iklan Majalah Segar.

2. Pungutan sumbangan derma PIBG dan majalah dalam kalangan pelajar secara giat.

3. Memohon peruntukan daripada pihak-pihak tertentu untuk projek keceriaan sekolah.

4. Menjual T-Shirt.

5. Mengadakan Majlis Amal dan Kebudayaan.


BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL

1. Membantu pelajar membayar yuran peperiksaan.

2. Membantu pelajar miskin yang betul-betul memerlukan kewangan.

3. Bersama-sama menjayakan Majlis Hari Guru Kebangsaan, Hari Kemuncak Kokurikulum.

4. Menziarahi para pelajar yang sakit, kematian ibu bapa dan yang ditimpa kemalangan.


BIRO DISIPLIN DAN PENERANGAN

1. Penerangan melalui bahan cetak tentang pelbagai maklumat SMK Benut.

2. Mengenal pasti masalah-masalah disiplin dan memanggil ibu bapa atau penjaga.

3. Mesyuarat pentadbir sekolah dengan JKKK di peringkat mukim.

4. Membincangkan masalah salah laku pelajar dijadikan agenda tetap Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa

5. Menubuhkan satu jawatankuasa kecil khas untuk tujuan ini. Antara fungsi jawatankuasa ini ialah :
  • Mengkaji perancangan dan strategi pihak sekolah yang sedia ada bagi menangani masalah salah laku pelajar.
  • Menyediakan pelan tindakan yang selari dengan perancangan sekolah.
  • Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya salah laku di sekolah ini.

Sejarah SMK Benut

Sekolah Menengah Benut telah ditubuhkan pada 14 Januari 1965. Hal ini adalah selaras dengan Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dilaksanakan pada tahun tersebut. Penubuhan sekolah ini telah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar menengah di kawasan Benut.

Sekolah Menengah Benut merupakan sebuah sekolah yang terletaknya di kawasan luar bandar, 14 km dari pekan Rengit, 25 km dari Pontian dan 24 km dari Simpang Renggam. Sekolah ini menampung pelajar-pelajar di kawasan perjalanan dari Parit Betak, Pekan Tampok sehinggalah ke Ayer Baloi di Selatan dan sepanjang Jalan Parit Ismail di Utara.

Pada mulanya sekolah ini diasaskan dengan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Benut yang terletak berhampiran dengan bangunan sekolah yang ada sekarang. Pengetua yang pertama mentadbirkan sekolah ini ialah En. Mahapar Bin Hj. Manaf yang dibantu oleh dua orang guru latihan maktab, tiga orang guru pelatih dan dua orang guru sementara.

Pada tahun petama (1965), jumlah murid yang memasuki tingkatan satu ialah seramai 145 orang di dalam 14 buah kelas. Pada tahun kedua jumlah murid meningkat kepada 373 orang termasuk 70 orang murid yang mengikuti kelas aliran Bahasa Inggeris. Dengan itu sekolah ini mempunyai dua aliran iaitu Kebangsaan dan Inggeris.

Pertambahan jumlah murid menyebabkan timbulnya masalah kekurangan bilik darjah. Masalah dapat diatasi dengan menempatkan sebahagian besar muridnya ke sekolah cawangan baru yang berhampiran, iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Lork York, Benut.

Pada tahun 1967, jumlah muridnya meningkat kepada 573 orang. Masalah kekurangan bilik darjah yang berlaku pada tahun tersebut telah dapat diatasi dengan menempatkan sebahagian murid sekolah ini ke sekolah cawangan lain, iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Lork Yu 1, Parit Tengah, Benut. Oleh itu, sehingga tahun 1967, pentadbiran sekolah ini telah dilaksanakan di tiga buah sekolah yang berasingan iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Benut, SRJK Lork York Benut dan SRJK Lork Yu 1 Parit Tengah Benut.

Pada pertengahan bulan Mei 1967, Pengetua sekolah ini iaitu En. Mahpar telah menamatkan perkhidmatannya kerana melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Tempat beliau kemudiannya digantikan oleh Pengetua yang baru, iaitu En. Abdul Karim Bin Mohd Yassin.

Projek pembinaan bangunan sekolah ini telah dimulakan pada tahun 1967, di satu kawasan seluas 14 ekar yang terletak di Jalan Jaafar. Bangunan ini mengandungi dua blok, telah siap pembinaannya pada akhir tahun tersebut. Tahun 1965 merupakan lembaran baru dalams sejarah sekolah ini kerana pada tahun tersebut pentadbiran dan pusat belajar telah dipindahkan ke bangunan yang baru siap pembinaanya itu. Bangunan baru ini mempunyai 10 bilik darjah termasuk sebuah pejabat dan lain-lain. Pada tahun tersebut jumlah penuntutnya telah meningkat kepada 667 orang. Untuk melicinkan pentadbiran pihak sekolah telah menjalankan dua sessinya, iaitu pagi dan petang. Untuk melaksanakan sistem pendidikan aneka jurusan, pelajar Sains Pertanian dan Sains Rumah Tangga telah diperkenalkan memandangkan adanya kemudahan yang disediakan di bangunan yang baru itu.

Menjelang akhir tahun 1968, pentadbiran sekolah ini sekali lagi mengalami perubahan apabila Pengetua, iaitu En. Abdul Karim Bin Mohd Yassin bertukar menjadi Guru Besar di Sekolah Rendah Tengku Mahmud Iskandar, Pontian. Tempat beliau digantikan oleh Tn. Hj. Abdullah Bin Abd. Rahman. Untuk mengemaskinikan pentadbiran sekolah, seorang keranai dan beberapa orang tukang kebun telah di tempatkan bekerja di sekolah ini.

Jumlah penuntut pada tahun 1969 ialah seramai 753 orang dan pada tahun ini juga kelas tingkatan empat telah dimulakan. Pada tahun ini juga projek memagar kawasan sekolah dan padang permainan telah disiapkan. Menjelang tahun 1970, sekali lagi masalah kekurangan bilik darjah telah timbul. Masalah ini dapat diatasi dengan menempatkan tiga kelas peralihan Inggeris di Sekolah Rendah Kebangsaan Benut.

Pada tahun 1971, setelah sekolah ini wujud selama tujuh tahun, pelbagai masalah dan kesulitan telah dapat diatasi. Pada tahun ini jumlah penuntutnya ialah seramai 976 orang. Masalah kekurangan bilik darjah dan kelengkapan telah dapat diatasi apabila sebuah bangunan tambahan yang baru telah disiapkan pada akhir tahun tersebut. Bangunan ini mengandungi 6 bilik darjah. Bilik perpustakaan, bilik makmal, bilik masakan dan bilik jahitan. Dari segi pelajaran akademik, pada tahun tersebut pelajaran ilmu hisab moden telah diperkenalkan diikuti dengan pelajaran sains panduan dan pelajaran perdagangan pada tahun 1973.

Jumlah murid sekolah ini telah meningkat kepada 1680 orang dalam tahun 1976, menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah yang bertaraf Gred A di daerah Pontian. Pertambahan murid ini perlulah diikuti dengan perkembangan fizikal dan kelengkapan yang lain. Gelanggang bola jaring dan sebuah surau telah disiapkan pada tahun 1976 yang berharga kira-kira RM8,000,00 hasil sumbangan derma Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini.

Dalam usaha memajukan perkembangan akademik sekolah ini, PIBG memainkan peranan yang sangat penting. Dengan adanya daya usaha PIBG, Sekolah Menengah Benut telah banyak memberi sumbangan kewangan kepada pihak sekolah seperti memberi sumbangan kelengkapan-kelengkapan yang lain. Antara sumbangan terbesar PIBG ialah pembinaan bangunan serbaguna yang telah disiapkan pembinaannya pada akhir tahun 1979, dengan perbelanjaan sebanyak RM20,000,00. Pembinaan akademik dan persatuan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Pada tahun 1979, juga sebuah bangunan makmal sains telah disiapkan. Hal ini adalah untuk memenuhi keperluan pelajaran aliran sains yang akan dilaksanakan pada tahun 1980.

Tahun 1980 merupakan era baru dalam perkembangan sekolah ini. Pada tahun ini Pengetua, Tn. Hj. Abdullah Bin Abd. Rahman telah menamatkan perkhidmatannya selama 11 tahun di sekolah ini. Beliau telah berpindah untuk memegang jawatan yang baru di Sekolah Menengah Tun Sardon di Rengit. Tempat beliau telah digantikan oleh Pengetua yang baru, iaitu Tn. Hj. Hussien Bin Mahmood yang pernah menyandang jawatan Guru Besar dan juga sebagai Pegawai Bahasa Negeri, di Jabatan Pelajaran Johor.

Tahun 1982, Tn. Hj. Mohd Kosnin Bin Amat Kamari menerajui SMK Benut sehingga tahun 1990. Pada tahun 1991, Tn. Hj. Baharudin Bin Awang sebagai Pengetua sehingga tahun 1995. Kemudian, pada tahun 1996, Pn. Hjh Halidah Binti Hj Baba menerajui SMKB selama 10 tahun sehingga bersara wajib pada 14 Ogos 2006. Tempat beliau telah digantikan oleh Tn Hj Hashim Bin Mohd Dom yang mentadbir SMK Benut bermula 16 Ogos 2006 sehingga 15 September 2007. Seterusnya, digantikan oleh En. Ahmad Khairi Bin Paimin yang juga mentadbir bermula 16 September 2007 sehingga 16 Februari 2008. Tempat beliau seterusnya digantikan oleh En. Hasnan Bin Jaffar yang memulakan tugas sebagai Pengetua SMK Benut pada 17 Februari 2008 sehingga kini.

Setelah 43 tahun sekolah ini diasaskan, beberapa kejayaan telah diperolehi sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum SMKB bukan sahaja mencapai kejayaan di peringkat daerah tetapi juga di peringkat negeri dan kebangsaan. Kejayaan-kejayaan ini telah menempatkan tahap kepercayaan yang tinggi masyarakat di daerah ini kepada Sekolah Menengah Benut.

Merealisasikan Kegemilangan dipilih sebagai tema SMK Benut bagi tahun 2008. Hal ini merupakan aspirasi warga SMK Benut untuk merealisasikan visi sekolah iaitu SMK Benut Gemilang Tahun 2009. Walaupun ada dua tahun lagi tetapi usaha untuk merealisasikannya mesti dilakukan segera oleh semua pihak. Insyaallah.

Thursday, March 8, 2007

Kenali Guru Anda

SENARAI NAMA GURU MENGIKUT KELAYAKAN OPSYEN

BAGI TAHUN 2008

Bil

Mata Pelajaran

Pentadbir

Guru

Jumlah

1.

Sains

1. Pn. Azhariah Binti Omar

2. Pn. Fadzlina Binti Dollah

3. Pn. Normaslina Binti Samaond

3

2.

Matematik

Pn. Hjh Andi

Audryanah Binti Md

Nor

1. Pn. Hjh. Azniza Binti Zakaria

2. Pn. Maisura Binti M. Yusop

3. Pn. Zainon Binti Selamat

4. En. Arbaen Bin Hanafi

5. Cik Noormawati Binti Mohd Rasif

6

3.

Fizik

1. Cik Rina Binti Mokhsin

2. Pn. Siti Zulaiha Binti Abd Aziz

2

4.

Biologi

1. Pn. Faridah Binti Tahir

2. Pn. Misslina Binti Jelani

3. Cik Hadijah Binti Misran

4. Cik Siti Salyena Binti Pungot

5. Cik Suhailina Binti Mohd. Ikhwan

5

5.

Kimia

Pn. Hjh Rohani Binti

Abd Manap

1. En. Aw Koh Shai

2. Cik Rohaida Binti Ghani

3. En. Mohd. Nor Firdaus Bin Ngamar

4

6.

Bahasa Melayu

1. En. Hazim Bin Siron

2. En. Ismail Bin Ali

3. Pn. Jamaliah Binti Abd. Rahim

4. Pn. Afidah Bt. Salleh

5. Pn. Norhidayah Binti Abdullah

6. En. Mosman Bin Parkan

7. Cik Noormala Binti Mahmood @ Mahmud

8. Pn. Norliha Binti Hj. Masoori

9. Pn. Nur Hayati Binti Bachok @ Yusof

10. Pn. Roiza Binti Jailani

11. Pn. Suhaila Binti Ariffin

12. Pn. Siti Fatimah @ Yong Rafedah Binti Abd. Wahab

12

7.

Bahasa Inggeris

1. Cik Azrahah Binti Taha

2. Pn. Fariza Binti Momen

3. Pn. Haslinda Binti Abu Sari

4. Pn. Hjh. Mazura Binti Bakri

5. Tn. Hj. Noordin Bin Buang

6. Pn. Salawati Binti Athan

7. En. Mohd. Hatta Munse Bin Mukhsin

8. Pn. Suhani Binti Mansor

8

8.

Sejarah

En. Hasnan Bin Jaffar

1. Pn. Fadak Binti Bachok

2. Pn. Halijah Binti Ismaila

3. Tn. Hj. Mohamad Rohman Bin Sangkerah

4. Pn. Rosliza Binti Selamat

5. En. Samsudin Bin Haji Saad

6. En. Azmani Bin Md Maskak

7

9.

Geografi

1. Pn. Siti Murni Binti Samsuri

2. En. Yusof Bin Jasman

3. En. Zakaria Bin Md. Tahir

3

10.

Perdagangan

1. Pn. Siti Rahmah Binti Rapi’ei

1

11.

Prinsip Akaun

1. En. Abdul Rahman Bin Zainal

2. En. Ismail Bin Ahmad

3. En. Mohd. Fairol Hisham Bin Md. Hassan

4. Cik Suraya Binti Shamsuddin

5. Pn. Siti Munirah Binti Hamzah

5

12.

Pendidikan Islam

1. Pn. Aznah Binti Salim

2. Pn. Hjh. Cheripah Binti Hj. Bilak

3. Pn. Norafida Binti Abdullah

4. Pn. Sariah Binti Nawi

5. Pn. Siti Arfa Binti Bachok @ Abdul Rahman

6. Tn. Hj Mohd Fauzi Bin M Amin

6

13.

Sastera

1. Pn. Hardinah Binti Salleh

2. En. Mastura Bin Amat

2

14.

Ekonomi

Tn. Hj. Abd. Razak

Bin Nasiran

1. Pn. Asiah Binti Yamin

2

15.

Bahasa Cina

1. Cik Chong Mee Chee

1

16.

Pendidikan Seni

1. En. Isa Bin Abd Hamid

2. En. Mohd. Tazarudin Bin Mohd. Amin

3. En. Roslan Bin Idris

3

17.

Kemahiran Hidup

1. Cik Jumaliah Binti Rahmat

2. En.Kamsani Bin Saiman

3. Pn. Salinah Binti Esa

3

18.

Teknologi Maklumat

1. Cik Noorazila Binti Ishak

1

19.

Sains Sukan

1 En. Suzana @ Roslan Bin

Abd. Ghani

1

20.

Pendidikan Jasmani

1. Cik Runaiza Binti Tumin

2. Cik Siti Norzila Binti Tumin

2

21.

Kaunselor

1. Pn Hjh. Noryani Binti Nandar

2. Pn Asiah Binti Aziz

3. En Anishak Bin Ahmad

3

Jumlah

80