Thursday, March 24, 2011

Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010



24 MAC 2011 – Kami warga SMK Benut merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada seramai 8 orang guru yang menerima Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010. Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh Puan Afidah Binti Salleh (Guru Kanan Bahasa) semasa Mesyuarat Guru Kali Ketiga di bilik mesyuarat guru pada hari ini.

Puan Hajah Rohani binti Ab. Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyampaikan surat penganugerahan tersebut.

Semoga dengan penghargaan serta pengiktirafan ini dapat memberikan inspirasi dan peningkatan cemerlang yang berterusan dalam kerjaya terutama pendidikan ilmu, sahsiah dan disiplin kepada warga SMK Benut.

Berikut senarai guru yang menerima Penanugerahan Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010.

ENCIK ROSLAN BIN IDRIS
(GURU CEMERLANG)

ENCIK MOHD TAZRUDDIN BIN M AMIN
ENCIK ABDUL RAHMAN BIN ZAINAL
ENCIK ISMAIL BIN AHMAD

ENCIK MOHD FAIROL HISHAM BIN MD HASSAN
PUAN SITI ARFA BINTI BACHOK

PUAN HAJAH CHERIPAH BINTI BILLAK
PUAN ZUBAIDAH BINTI SAHID
(PAR SEKOLAH)


Syabas dan tahniah daripada warga SMK Benut.

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah dan Selamat Berkhidmat



21 Mac 2011 – Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada seramai 8 orang guru yang dilantik ke Gred DG48, iaitu seorang sebagai Guru Cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan 8 orang guru (Guru Akademik Pra Universiti) yang telah dilantik dan berkuat kuasa pada 1 Oktober 2010. 

Pengumuman ini telah diumumkan secara rasmi oleh Puan Hajah Rohani binti Ab. Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut) kepada para guru dan para pelajar pada perhimpunan rasmi mingguan di Dataran Perhimpunan SMK Benut pada pagi ini.

Menurut beliau terdapat 4 jawatan pentadbiran yang perlu mereka kosongkan apabila menerima kenaikan pangkat ke gred DG48. Antaranya, jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Kanan Sains Kemasyarakatan dan Guru Kanan Sains dan Matematik. Namun, jawatan ini akan diteruskan mereka laksanakan sehingga ada penggantinya.

Berikut senarai guru yang telah dilantik ke gred DG48 serta jawatan yang disandang.

ENCIK MOHD ESA BIN MOHD DASIM
(Guru Cemerlang KHB Gred DG48)
TUAN HAJI ZAKARIA BIN TAHIR
(Guru Akademik Pra Universiti Gred DG48)

TUAN HAJI ROHMAN BIN SANGKERAH
(Guru Akademik Pra Universiti Gred DG48)
ENCIK AW KOH SAI
(Guru Akademik Pra Universiti Gred DG48)
PUAN FADAK BINTI BACHOK
(Guru Akademik Pra Universiti Gred DG48)
PUAN ROIZA BINTI JAILANI
(Guru Akademik Pra Universiti Gred DG48)

PUAN SITI MURNI BINTI SAMSURI
(Guru Akademik Pra Universiti Gred DG48)
PUAN SUHAILA BINTI ARIPIN
(Guru Akademik Pra Universiti Gred DG48)



PUAN HAJAH MAZURA BINTI BAKRI
(Guru Akademik Pra Universiti Gred DG48)

Wednesday, March 16, 2011

Kem Motivasi Kecemerlangan Top ‘A’ Star Student Fasa 1



14 Mac 2011 – Program Kem Motivasi Kecemerlangan Top ‘A’ Star Student (TASS) bagi calon-colon SPM dan PMR tahun 2011 telah berjaya diadakan. Program bermula pada petang hari Jumaat (10 Mac 2011) dan berakhir pada petang hari Ahad (12 Mac 2011). Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Benut telah mendapat kerjasama dan sokongan daripada para pelajar yang terlibat.

Matlamat program ini untuk memberikan persediaan para pelajar untuk lebih bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan sebenar dan seterusnya memastikan kejayaan cemerlang berterusan.

Program selama dua hari satu malam mengikut kumpulan pelajar SPM dan PMR telah dikelolakan sepenuhnya oleh Wowcoaching Consultant, Johor Bahru yang diketuai oleh Tuan Haji Abd. Halek Bin A Rahman (Pak Anjang). Pelbagai aktiviti telah diberikan kepada para peserta yang banyak memberikan input kesedaran dan semangat untuk terus cemerlang terutama dalam peperiksaan dan kehidupan seharian.

Fokus program ini kepada para pelajar tingkatan Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan Ibnu Khaldun. Namun, bagi pelajar kelas lain yang berminat turut dialu-alukan. Program ini terdiri dari tiga Fasa.  Seramai 71 orang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 manakala seramai 103 orang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 telah menyertai program ini.

Semoga program yang dianjurkan dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar terutama SPM dan PMR tahun 2011. Insyaallah.


























Sunday, March 6, 2011

Jamuan Persaraan Tuan Pengetua di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru



5 Mac 2011 – Majlis Semarak Kasih Semarak Budi khas untuk Persaraan Pengetua ke-10, iaitu Encik Hasnan Bin Jaffar telah berjaya diadakan pada hari ini semasa makan tengah hari di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru. Majlis yang dikelolakan oleh Kelab SEGUGUS sesi 2011-2012 di bawah pimpinan Encik Abdul Rahman Bin Zainal yang walaupun cukup sederhana tetapi penuh bermakna kepada yang diraikan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Hajah Rohani Binti Abd Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut), Puan Hajah Andi Audrayanah Binti Mohd Noh (Pengetua, SMK Sri Tanjung), PIBG dan tetamu jemputan yang diundang bagi bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Sebelum itu, Encik Hasnan Bin Jaffar serta isteri telah diminta menyempurnakan majlis pemotongan pulut kuning sebagai tanda sambutan ulang tahun beliau yang ke-58 dan yang dibuat khas daripada Kelab SEGUGUS.

Pelbagai persembahan turut diadakan daripada warga SMK Benut seperti persembahan tarian zapin, nyanyian diringi pemain gitar dan persembahan muzik menggunakan piano daripada pelajar yang diundang khas.

Penyampaian hadiah daripada individu guru turut disampaikan pada majlis ini. Sesi penggambaran sebagai kenang-kenangan dan bersalaman dengan yang diraikan turut diadakan.

Kami Kelab SEGUGUS mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Selamat Bersara dan Berbahgia kepada Encik Hasnan Bin Jaffar serta keluarga.