Monday, August 22, 2011

Program Jadual Anjal PMR 2011


22 Ogos – Program Jadual Anjal PMR telah dimaklumkan olen Penyelaras Akademik PMR, iaitu Puan Afidah Binti Salleh kepada para pelajar tingkatan 3. Terdapat 7 kelas telah diwujudkan dengan pencapaian tahap pelajar mengikut keputusan peperiksaan pertengahan tahun, iaitu Kelas Perfect Score, Mutiara A, Mutiara B, Mutiara C, Mutiara D, Mutiara E dan Mutiara F.

Pelajar akan diberikan jadual dan masa belajar yang lebih tertumpu dan akan tamat pembelajaran dan pengajaran sehingga jam 2.30 petang setiap hari kecuali hari Jumaat pada jam 12.10 tengah hari.

Program ini diadakan dengan objektif untuk memberikan tumpuan yang lebih dan latih tubi dalam setiap subjek PMR. Program ini dilaksanakan sehingga menjelang peperiksaan sebenar PMR pada awal bulan Oktober.  

Diharap program yang disusun dapat dilaksanakan dengan baik dan pelajar akan lebih belajar bersungguh-sungguh serta sifar ponteng untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam PMR 2011 nanti.








Keputusan rasmi Program Keceriaan Kelas Bulan Julai 2011



22 Ogos – Keputusan rasmi Program Keceriaan Kelas Bulan Julai 2011 telah diumumkan pada perhimpunan mingguan rasmi hari ini oleh Jawatankuasa Program, iaitu Encik Mohd Firdaus Bin Ngamar. Sijil dan hadiah sepasu pokok bunga telah diberikan kepada kelas yang berjaya dengan diwakili oleh ketua tingkatan yang berjaya. Sijil dan hadiah telah disampaikan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut).

Tahniah diucapkan kepada kelas yang telah berjaya menceriakan kelas mereka. Bagi kelas yang lain teruskan peningkatkan keceriaan dan kebersihan kelas untuk terus cemerlang.
Berikut keputusan rasmi :

KATEGORI
TINGKATAN
KEDUDUKAN
TINGKATAN SATU
IBNU SINA
JOHAN
IBNU RUSYD
NAIB JOHAN
TINGKATAN DUA
IBNU SINA
JOHAN
AL-KINDI
NAIB JOHAN
TINGKATAN TIGA
IBNU SINA
JOHAN
TINGKATAN EMPAT
IBNU SINA
JOHAN
TINGKATAN LIMA
AL-FARABI
JOHAN
IBNU RUSYD
NAIB JOHAN
PRAUNIVERSITI (RENDAH)
PU8
JOHAN
PU7
NAIB JOHAN
PU6
KETIGA
PRAUNIVERSITI (ATAS)
PU3
JOHAN
PU2
NAIB JOHAN
PU1 DAN PU5
KETIGA





















Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih



17 Ogos – Majlis Berbuka Puasa dan solat tarawih Pegawai Pelajaran Daerah Pontian bersama warga Asrama (Asli), SMK Benut telah diadakan pada hari ini.  Encik Salleh Salim Bin Abdul Majid (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pontian Unit Sains dan Matematik (Sekolah Menengah) serta rakan-rakan dari Pejabat Pelajaran Daerah Pontian mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Pontian telah hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis ini, Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut), Puan Hajah Azizah Binti Omar (GPK HEM, SMK Benut), Encik Zulnuraini Bin Rahmat (GPK Kokurikulum), Tuan Haji Abdul Razak Bin Nasiran (GPK Tingkatan Enam), guru-guru SMK Benut.

Majlis berbuka puasa diadakan di surau dan seterusnya solat fardu Maghrib berjemaah. Selepas itu, majlis jamuan diadakan di Dewan Makan Asrama (Asli). Seterusnya, solat fardu Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah diadakan di surau. Sebelum majlis bersurai, majlis moreh disediakan kepada para tetamu dan penghuni asrama.

Warga Asrama (Asli) SMK Benut merakamkan terima kasih kepada semua yang hadir bersama-sama dalam majlis ini.