Wednesday, January 18, 2012

Perhimpunan Khas Kokurikulum


18 Januari 2012 – Perhimpunan Khas Kokurikulum telah berjaya dilaksanakan pada hari ini di Dataran Baiduri, SMK Benut. Perhimpunan Khas Kokurikulum ini telah dikelolakan oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS).

Perhimpunan Khas Kokurikulum telah dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, diikuti lagu KRS dan seterusnya bacaan ikrar KRS. Pengenalan sejarah penubuhan KRS telah dibacakan dalam perhimpunan ini.

Encik Zulnuraini Bin Rahmat @ Hj Zohdi (Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Benut) dalam ucapan beliau telah menyatakan tujuan Perhimpunan Khas Kokurikulum yang diadakan pada hari ini adalah untuk melatih kepimpinan ahli unit uniform mengendalikan perjalanan Perhimpunan Khas Kokurikulum serta dapat memberikan maklumat khas berkaitan unit uniform yang telah diamanahkan untuk mengendalikan perhimpunan ini kepada unit uniform yang lain. 

Beliau turut memaklumkan bahawa Perhimpunan Khas Kokurikulum ini akan diadakan pada minggu ketiga setiap bulan dan unit uniform yang terlibat akan digilirkan.  

Penerangan berkaitan pemarkahan kokurikulum turut disampaikan oleh Cik Azrahah Binti Taha pada perjumpaan Perhimpunan Khas Kokurikulum ini.

Diharap semua murid melibatkan diri dengan aktif dalam kokurikulum, memakai pakaian unit uniform dan mengikuti semua aktiviti yang dirancangkan.





























Latihan Kebakaran Siri Pertama


17 Januari 2012 – Latihan Kebakaran atau Mengosongkan Bangunan Siri Pertama telah berjaya diadakan pada hari ini. Loceng telah dibunyikan dengan deringan yang panjang bermula jam 9.20 pagi. Semua warga SMK Benut telah bergerak dengan pantas menuju ke kawasan padang bagi menyelamatkan diri dan seterusnya untuk memastikan tiada yang tertinggal di dalam kelas atau bilik-bilik khas.

Tujuan latihan ini diadakan untuk melatih warga SMK Benut supaya mengetahui langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku perkara yang sebenar.

Latihan ini selesai sehingga jam 9.50 pagi. Semua murid beredar dengan teratur masuk ke kelas untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran.