Wednesday, January 18, 2012

Perhimpunan Khas Kokurikulum


18 Januari 2012 – Perhimpunan Khas Kokurikulum telah berjaya dilaksanakan pada hari ini di Dataran Baiduri, SMK Benut. Perhimpunan Khas Kokurikulum ini telah dikelolakan oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS).

Perhimpunan Khas Kokurikulum telah dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, diikuti lagu KRS dan seterusnya bacaan ikrar KRS. Pengenalan sejarah penubuhan KRS telah dibacakan dalam perhimpunan ini.

Encik Zulnuraini Bin Rahmat @ Hj Zohdi (Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Benut) dalam ucapan beliau telah menyatakan tujuan Perhimpunan Khas Kokurikulum yang diadakan pada hari ini adalah untuk melatih kepimpinan ahli unit uniform mengendalikan perjalanan Perhimpunan Khas Kokurikulum serta dapat memberikan maklumat khas berkaitan unit uniform yang telah diamanahkan untuk mengendalikan perhimpunan ini kepada unit uniform yang lain. 

Beliau turut memaklumkan bahawa Perhimpunan Khas Kokurikulum ini akan diadakan pada minggu ketiga setiap bulan dan unit uniform yang terlibat akan digilirkan.  

Penerangan berkaitan pemarkahan kokurikulum turut disampaikan oleh Cik Azrahah Binti Taha pada perjumpaan Perhimpunan Khas Kokurikulum ini.

Diharap semua murid melibatkan diri dengan aktif dalam kokurikulum, memakai pakaian unit uniform dan mengikuti semua aktiviti yang dirancangkan.





























No comments: