Monday, May 18, 2009

Sambutan Hari Guru SMK Benut 2009


18 Mei 2009 – Sambutan Hari Guru Tahun 2009 peringkat SMK Benut telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 1.50 petang. Sambutan tersebut telah dikelolakan oleh Badan Pengawas SMK Benut. Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut).

Pelbagai acara telah dijalankan antaranya ucapan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh Puan Hjh. Rohani Binti Abd Manaf (GPK 1) dan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia dibacakan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut).

Pelbagai acara Sukaneka turut diadakan antaranya makan buah tembikai, baling gelung, pindah gelang getah melalui straw, bola sepak, bola tampar, congkak, membuat sandwich, dan memancing ikan. Pelbagai anugerah kepada guru turut diberikan seperti Anugerah Guru Sporting, Guru Berkaliber, Guru Elegant, Guru Stylo. Guru Popular, Guru Aktif, Guru Dedikasi dan Guru Anugerah Khas.

Pada majlis tersebut juga pelbagai persembahan turut diadakan khas kepada warga pendidik iaitu deklamasikan sajak oleh Zurita Binti Mohd Tahir (6 Ibnu Sina), persembahan tarian reben oleh Persatuan Bahasa Cina, koir dari Tingkatan Enam Atas, dikir barat dari kumpulan Simandakini, persembahan Silat, persembahan Koalintang, persembahan lakonan dan persembahan khas oleh guru-guru SMK Benut.

Warga SMK Benut mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik SMK Benut. Terima kasih cikgu…

Ingin melihat aksi-aksi menarik sempena Sambutan Hari Guru di SMK Benut... klik di sini

No comments: