Sunday, May 17, 2009

Tahniah Kumpulan Dikir Barat Simandakini SMK Benut


16 Mei 2009 – Pertandingan Dikir Barat Sekolah-sekolah Menengah peringkat Negeri Johor sempena Karnival Pencegahan Dadah yang diadakan di TJ Mart, Kulai, Johor telah memberikan beberapa kemenangan kepada SMK Benut.

Kumpulan Dikir Barat Simandakini, SMK Benut yang mewakili Daerah Pontian telah mendapat NAIB JOHAN kumpulan terbaik manakala JOHAN kategori Tukang Karut terbaik keseluruhan (Mohd Farhan Bin Atan ~ 6 Ibnu Khaldun). Sebanyak 10 pasukan yang bertanding mewakili daerah-daerah di Johor.

Seterusnya,bagi pertandingan melukis Poster Menengah Atas, peserta dari SMK Benut Nurhalimah Binti Mahadi (5 Ibnu Khaldun) yang mewakili Daerah Pontian telah berjaya mendapat NAIB JOHAN.

Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan anda.



No comments: