Saturday, May 23, 2009

Kursus Profesionalisme SMK Benut 2009


23 Mei 2009 – Kursus Profesionalisme ~ Konsep Pembestarian Sekolah dan Penghayatan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Bestari telah berjaya diadakan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran SMK Benut bermula 8.00 pagi di Bilik Mesyuarat Guru, SMK Benut. Kehadiran semua guru amat baik.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Hazim Bin Siron yang juga merupakan guru SMK Benut. Beliau telah menyampaikan pelbagai input berkaitan program Sekolah Bestari dan amalan pengajaran dan pembelajaran bestari yang perlu dijadikan sebagai pelbagai teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Beliau telah mengikuti kursus tersebut selama sebulan di Institut Perguruan Guru Malaysia, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Warga Pendidik SMK Benut merakamkan terima kasih kepada beliau yang banyak memberikan maklumat yang amat berguna untuk digunakan di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran.


230520094904.jpg


230520094906.jpg



230520094910.jpg



230520094913.jpg




No comments: