Monday, February 8, 2010

Pra Kejohanan Olahraga Kali Ke-35 Kini Bermula


8 Februari 2010 – Pra Kejohanan telah diadakan selama dua hari yang bermula pada hari ini bermula jam 2.30 petang di padang, SMK Benut. Pelbagai acara diteruskan, antaranya Lontar Peluru, Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Lempar Cakera, Rejam Lembing, Larian 400 meter,  dan 4 X 400 meter.

Pelbagai gelagat ditunjukkan oleh pengurus pasukan dan pelajar yang mengambil bahagian bagi mewakili 4 rumah sukan, iaitu Rumah Bendahara, Rumah Laksamana, Rumah Panglima dan Rumah Temenggong. Masing-masing berusaha untuk menjuarai Kejohanan Olahraga Kali Ke-35 yang akan diadakan pada hari Khamis, 10 Februari 2010 nanti.



















No comments: