Thursday, February 4, 2010

Sukantara Antara Rumah 2010


3 Februari 2010 – Berakhirnya acara Sukantara antara Rumah Sukan pada petang ini yang telah dimulakan pada petang semalam (2 Februari 2010). Antara rumah sukan yang terlibat, iaitu Rumah Laksamana, Rumah Bendahara, Rumah Temenggong dan Rumah Panglima.

Semua pelajar yang mewakili rumah masing-masing dikehendaki mengambil bahagian dalam 4 acara yang telah ditetapkan oleh Unit Sukan SMK Benut. Antaranya, acara lompat jauh, lontar peluru, lari 100 meter dan lari 400 meter.


Keputusan rasmi mata terkumpul setiap rumah sukan, tetap menjadi rahsia sehingga tiba masanya Kejohanan Olahraga kali ke-34 yang akan diadakan pada hari Khamis, 11 Februari 2010 nanti. Sebelum itu, Pra Kejohanan pula akan diadakan pada 8 – 9 Februari 2010 nanti.























Ingin melihat video semasa Sukantara, klik pada pilihan anda.

Sukantara V1                                 Sukantara V2

No comments: