Thursday, February 25, 2010

Tahniah Pelajar STPM Tahun 2009


25 Februari 2010 – Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 telah diumumkan pada hari ini. Seramai 157 calon yang telah menduduki peperiksaan ini pada tahun 2009.

Sebanyak 98.06 % lulus penuh semua mata pelajaran dengan GPMP sebanyak 2.38 %. SMK Benut juga merupakan sekolah TERBAIK dalam negeri Johor bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar Mastura Binti Mohd Rashid yang berjaya mendapat ‘Perfect Score’ lulus 4A semua mata pelajaran yang diambil (Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sastera, Sejarah) dan seterusnya menjadi salah seorang pelajar terbaik negeri Johor.

Tahniah juga diucapkan kepada pelajar yang mendapat 3A, iaitu Mohd Fatazi Bin Aman, Ambok Aminuddin bin Ambok Dalik, Tio Kai Xin, Siti Masita Binti Abdullah dan Norhafizah Binti Abu Fatah @ Fadli.

Pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam STPM (2009), yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti boleh dapatkan nasihat dan bimbingan daripada Encik  Md Anishak Bin Ahmad (Guru Kaunselor, SMK Benut).

Syabas, tahniah dan ucapan terima kasih kepada tenaga pengajar yang tidak jemu-jemu mendidik untuk kecemerlangan pelajar.









No comments: