Saturday, August 21, 2010

Tahniah Pelajar SMK Benut


21 Ogos 2010
– Penantian menerima sebuah komputer (netbook) 1Malaysia di bawah inisiatif Jalur Lebar Negara percuma daripada Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kepada seramai 564 orang pelajar SMK Benut yang terpilih telah berjaya disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian, Johor) pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula jam 11.00 pagi.

Turut hadir pada majlis tersebut, Encik Bukhari Bin Yahya (Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Wilayah Selatan), Encik Abd Rahim Bin Lamin (Pegawai Pelajaran Daerah Pontian), Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut), PIBG dan warga pendidik SMK Benut.

Warga SMK Benut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para pelajar yang berjaya menerima komputer percuma dan gunakannya sebaik yang mungkin terutamanya dalam peningkatan prestasi akademik.




































  





No comments: