Wednesday, August 4, 2010

Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM


4 Ogos 2010 – Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM telah berjaya diadakan kepada para pelajar Tingkatan 5 di Dewan Baiduri, SMK Benut pada hari ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Pihak sekolah telah mengundang Encik Mohd Yusof bin Abu Bakar (Guru SMK Semerah, Batu Pahat, Johor) untuk menjayakan program ini. Pelbagai teknik dan kemahiran menjawab soalan bahasa Melayu terutamanya kertas 1 Bahasa Melayu.

Warga SMK Benut mengharapkan program ini dapat menambahkan lagi kemahiran pelajar untuk menjawab kertas soalan Bahasa Melayu dengan lebih baik dan seterusnya memastikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.


























No comments: