Monday, August 2, 2010

Hari Kokurikulum dan Perlantikan Pengawas Sesi 2010/2011


31 Julai 2010 – Hari Kokurikulum dan Perlantikan Pengawas Sesi 2010/2011 telah berjaya diadakan di tapak perhimpunan SMK Benut pada hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Hasnan bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut).

Majlis ini telah diadakan selama dua hari (30 – 31 Julai 2010) dengan pelbagai aktiviti diadakan dengan matlamat untuk melatih para pelajar dalam bidang perniagaan di samping turut menjana ekonomi bagi persatuan, kelab dan unit uniform.

Antara aktiviti yang terdapat seperti jualan pelbagai jenis makanan dan minuman, pertandingan mewarna, pertunjukkan ’motor show’, pertandingan nasyid, permainan tradisional, futsal, bola keranjang, menunggang kuda, rumah hantu, rumah helah, busana muslimah, memanah, menunggang kuda dan banyak lagi. Kemeriahan dapat dilihat dengan sambutan yang hadir, iaitu bukan sahaja warga SMK Benut malah bekas pelajar (alumni) turut bersama-sama menjayakan majlis ini.

Warga SMK Benut merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.



























































No comments: