Wednesday, September 1, 2010

Maklumat Kepada Pelajar SMK Benut


GARIS PANDUAN PENGGUNAAN NETBOOK 1MALAYSIA DAN LAPTOP PERSENDIRIAN OLEH PARA PELAJAR DI SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR.


Pelajar dibenarkan membawa netbook atau laptop persendirian dengan syarat-syarat berikut :

  1. Tidak dibenarkan membawa netbook 1Malaysia atau laptop persendirian pada waktu pengajaran dan pembelajaran (7.30 pagi – 2.30 petang) kecuali dengan kebenaran guru.
  2. Penggunaan netbook 1Malaysia dan laptop persendirian bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang :
2.1   Jangan digunakan di dalam kelas.
2.2   Hanya digunakan di Sanggar Kokurikulum (kantin lama) dan di kantin baru sahaja.
2.3   Tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah selepas jam 5.30 petang.
2.4   Jangan menggunakan netbook 1Malaysia dan laptop persendirian secara berpasangan (berlainan jantina) untuk mengelakkan perlakuan sumbang atau keruntuhan akhlak.
2.5   Tidak dibenarkan menggunakan penyambungan elektrik untuk mengecas bateri.
2.6   Tidak dibenarkan membawa speaker (pembesar suara).
2.7   Pakaian yang dibenarkan hanya t-shirt sekolah, seluar sekolah atau track suit dan berkasut.
2.8   Tidak dibenarkan melayari laman web lucah.
  1. Pelajar dibenarkan ke sekolah pada hari Sabtu bermula 8.00 pagi sehingga 2.00 petang manakala tidak dibenarkan ke sekolah pada hari Ahad.
  2. Tindakan mengambil netbook atau laptop persendirian akan dilakukan sekiranya anda melanggar peraturan yang telah ditetapkan di atas. Dendaan akan dikenakan jika ingin mengambil semula netbook yang diambil oleh pihak sekolah dalam tempoh 7 hari. Hanya ibu bapa atau penjaga yang dibenarkan untuk menuntut semula netbook atau laptop persendirian dan sebarang kehilangan dan kerosakan semasa penyimpanan bukan tanggungjawab pihak sekolah.
  3. Sekiranya ada kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung terus dengan Tuan Pengetua, SMK Benut. Peraturan ini akan berubah dari semasa ke semasa dan sebarang peraturan baru akan diberitahu kemudian.
  4. Peraturan ini berkuat kuasa bermula 2 September 2010.

Saya yang menurut perintah,

HASNAN BIN JAFFAR
Pengetua,
SMK Benut, Pontian, Johor.

No comments: