Wednesday, September 1, 2010

Terima Kasih dan Salam Perpisahan GPK HEM


30 Ogos 2010 – Majlis perpisahan Puan Hajah Andi Audryanah Binti Mohd Noor (Guru Penolong Kanan HEM) walaupun diadakan secara ringkas pada perhimpunan rasmi pagi ini tetapi ianya penuh bermakna. Beliau telah memberikan nasihat dan semangat kepada semua pelajar supaya terus mematuhi disiplin dan mengamalkan nilai-nilai murni. Beliau turut memohon maaf dan terima kasih sepanjang beliau berkhidmat di SMK Benut.

Warga SMK Benut merakamkan sekalung tahniah kepada beliau yang akan bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Satu di SMK Ayer Baloi, Pontian bermula 1 September 2010. Kami mendoakan kesejahteraan dan selamat bertugas di tempat yang baharu. Terima kasih segalanya daripada kami warga SMK Benut dan jumpa lagi.







No comments: