Thursday, September 30, 2010

Tahniah dan Syabas


27 Sept 2010 – Pihak Pentadbir dan warga SMK Benut merakamkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada Encik Samsudin bin Haji Saad dan Encik Hatta Munse Bin Mohsin ke atas kejayaan menerima Ijazah Sarjana Kurikulum dan Pengajaran yang telah diterimanya di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor pada 26 September 2010 pada Konvokesyen Kali ke-45.

Seterusnya, ucapan penghargaan dan tahniah kepada Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) dan Encik Mohd Esa Bin Dasim (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Benut) yang anaknya turut berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

No comments: