Thursday, September 2, 2010

Program Motivasi Fasa III - PraUniversiti SMK Benut


2 September 2010 – Program Motivasi Fasa III bagi para pelajar Pra Universiti Junior dan Senior telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut, Pontian bermula jam 8.30 pagi.

Penceramah khas telah diundang untuk menyampaikan motivasi, iaitu Dr. Haji Mohd Ismail bin Mustari (Timbalan Pengarah Pusat Islam, UTM).

Turut hadir pada program ini ialah ibu bapa pelajar prauniversiti untuk memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak mereka.

Encik Hasnan bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) telah sudi untuk merasmikan majlis penutupan program ini. Beliau mengharapkan para pelajar PraUniversiti untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah diri.











No comments: