Saturday, July 9, 2011

Program ceramah dan pameran Nuklear


 
6 Julai 2011 – Program ceramah dan pameran Nuklear telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut pada hari ini. Fokus kepada para pelajar aliran sains terutama para pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5, dan Prauniversiti kelas Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd. 

Program ini mendapat kerjasama daripada agensi Nuklear yang bertempat di Kuala Lumpur. SMK Benut telah terpilih oleh agensi ini antara sekolah-sekolah menengah yang terdapat di daerah Pontian.
Pelbagai input dan maklumat berkaitan kebaikan dan keburukan penggunaan nuklear kepada manusia dan negara. 

Warga SMK Benut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Seterusnya, para pelajar SMK Benut yang mengikuti program ini dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan berkaitan dunia sains dan teknologi. 




















No comments: