Saturday, July 9, 2011

Program Dakap - Sumbangan kain untuk baju raya



4 Julai 2011 – Program Kasih Bersemi untuk pelajar anak yatim, anak piatu dan anak yatim piatu telah diadakan di Sanggar Kokurikulum pada hari ini bermula jam 8.00 pagi. Program ini anjuran Unit Kebajikan Hal Ehwal Murid.

Puan Hajah Rohani Binti Ab. Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyampaikan hadiah berbentuk kain untuk dibuat dan dipakai semasa sambutan hari raya Aidilfitri nanti. Sumbangan kain ini melalui sumbangan DAKAP (Dana Kebajikan Pelajar) yang diuruskan oleh Puan Hajah Noryani Binti Nandar (Kaunselor, SMK Benut).

Pemangku Pengetua dalam ucapan kepada para penerima sumbangan supaya mereka tidak merasa terpinggir kerana tidak mempunyai ibu atau bapa. Seharusnya pelajar perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam akademik dan memberikan kegembiraan kepada penjaga yang menjaga mereka sekarang. Seterusnya, meminta pelajar menerima dengan ikhlas sumbangan yang diberikan dan digunakan semasa hari raya nanti.

Warga SMK Benut merakamkan takziah kepada pelajar yang baru kehilangan ibu atau bapa pada tahun ini. Semoga mereka tabah meneruskan hidup dan berjaya dengan cemerlang. Insyaallah.

 















No comments: